Smart Green

“Smart Thinking. Green Living. Sustainable Future.”

✨ POLYCC SUSTAINABILITY AWARD 2025 ✨

Tahniah diucapkan kepada Politeknik Jeli Kelantan (PJK) atas kejayaan meraih pengiktirafan pada majlis PolyCC Sustainability Award 2025 yang berlangsung di Politeknik Ungku Omar, Ipoh.

Gambar ilustrasi Gambar ilustrasi

Pada majlis berprestij ini, PJK telah menerima:

🏅 Sijil Penghargaan Penarafan UI GreenMetric World University Rankings 2024

🏅 Anugerah Terbilang Kemampanan dalam Bidang Tumpuan Pengangkutan di bawah Kategori Politeknik

“Lestari bukan hanya hijau—ia inovasi, kesedaran, dan keberanian untuk mencipta masa depan yang lebih baik. POLYCC Sustainability Award 2025 meraikan pencipta perubahan.”

Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen PJK terhadap agenda kelestarian, selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) serta aspirasi Blueprint SmartGreen Polytechnic Community College (BSGPC) 2021–2026.

Kejayaan ini diharap dapat menyuntik semangat warga PJK untuk terus memperkukuh amalan hijau, meningkatkan kecekapan tenaga, mengurangkan jejak karbon serta menyokong Agenda Mampan Negara 2030.

Post Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *