Pengurusan Penyeledikan & Pendidikan
Pengurusan Pendidikan dan Penyelidikan yang memberi tumpuan kepada pelaksanaan Kurikulum Hijau, penyelidikan dan penerbitan lestari, pengurusan laporan dan laman sesawang kelestarian.
Pengurusan Tenaga & Perubahan Iklim
Tumpuan terarah kepada pengekalan dan peningkatan kecekapan penggunaan tenaga serta galakan penggunaan tenaga boleh diperbaharui bagi mengurangkan pelapasan karbon.
Pengurusan Alam Sekitar & Landskap
Mengintegrasi amalan pengurusan alam sekitar dalam pengoperasian institusi melalui dasar-dasar dan prosedur bagi memastikan amalan alam sekitar terbaik diaplikasikan dalam urusan harian.
Pengurusan Sisa
Tumpuan terarah kepada pengurusan sisa untuk peningkatan kesedaran dan pengetahuan pengurusan sisa bagi mengoptimumkam penggunaan sumber melalui pengukuran prestasi pengurusan sisa semasa.
Pengurusan Air
Tumpuan kelima ialah Pengurusan Air yang melalui peningkatan pengetahuan tentang utiliti dan amalan kaedah penjimatan air melalui pemantauan, kawalan dan pembangunan sistem kitar semula air dan penuaian air hujan.
Pengurusan Pengangkutan
Tumpuan keenam memberi tumpuan kepada Pengangkutan dengan menerapkan kesedaran tentang kepentingan bagi mengurangkan pencemaran melalui pelaksanaan polisi dan pengurusan teknologi hijau.
Perolehan Hijau
Tumpuan ketujuh iaitu Perolehan Hijau yang memberi fokus kepada pengenalan dan amalan perolehan hijau dalam sistem Politeknik dan Kojej Komuniti sebagai usaha menyokong pemeliharaan alam sekitar.
Laman Sesawang
Ini bukan bidang tumpuan, tetapi ini adalah selingan dimana penggunaan laman sesawang juga memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan sebarang maklumat yang berkaitan dengan amalan hijau masa kini.