🌱 LAWATAN PENANDA ARAS SMARTGREEN PJK KE KOLEJ KOMUNITI JERANTUT
Program ini telah berjaya dilaksanakan sebagai inisiatif strategik SmartGreen Politeknik Jeli Kelantan (PJK) dalam memperkukuh pelaksanaan amalan kampus hijau melalui perkongsian ilmu dan amalan terbaik.
Sepanjang lawatan, Ketua Unit dan Penyelaras SmartGreen KK Jerantut telah berkongsi pelbagai idea serta maklumat berkaitan pelaksanaan aktiviti dan program berteraskan konsep Green Campus, selain bertukar pandangan mengenai kaedah pendokumentasian yang sistematik dan berkesan bagi menyokong kelestarian program.
“Jejak ilmu, jejak hijau, jejak masa depan.”
Diharapkan perkongsian ini dapat menjadi sumber inspirasi serta rujukan dalam memperkasakan pelaksanaan inisiatif SmartGreen PJK ke arah mewujudkan persekitaran kampus yang lebih lestari, mesra alam dan berdaya saing.
Terima kasih kepada pihak Kolej Komuniti Jerantut atas sambutan mesra serta perkongsian yang sangat bermakna. 🌿🤝