Smart Green

โ€œSmart Thinking. Green Living. Sustainable Future.โ€

๐Ÿ“ Lawatan Penanda Aras PJK Ke PSP & PTSB ๐Ÿ“

Lawatan Penanda Aras ke Politeknik Seberang Perai (PSP) dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah diadakan pada 9 hingga 10 April 2025. Lawatan ini dianjurkan sebagai salah satu inisiatif strategik Politeknik Jeli Kelantan dalam memperkukuh pelaksanaan inisiatif Smart Green dan agenda kelestarian kampus hijau selaras dengan pelan tindakan Smartgreen PolyCC

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada warga politeknik, khususnya pasukan Smartgreen PJK, melihat dengan lebih dekat pelaksanaan amalan hijau di institusi lain, di samping berkongsi pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik (best practices) dalam aspek pengurusan tenaga, pengurusan sisa, mobiliti hijau, infrastruktur lestari serta inovasi hijau yang dilaksanakan di PSP dan PTSB.

๐ŸŒฑ โ€œSetiap kunjungan membawa ilmu, setiap perkongsian menyalakan inspirasi hijau.โ€

Melalui sesi perkongsian dan perbincangan dua hala ini, diharapkan hubungan kolaboratif antara institusi dapat diperkukuh, sekali gus membuka ruang kepada pembangunan idea baharu dan peningkatan prestasi Politeknik Jeli Kelantan dalam pelaksanaan Smartgreen Campus dan penyertaan UI GreenMetric World University Ranking pada masa akan datang.

Lawatan ini juga menjadi wadah penting dalam memperkukuh budaya kerja hijau di kalangan warga politeknik, seterusnya menyemarakkan komitmen bersama ke arah mewujudkan kampus yang lebih mampan, inovatif dan berdaya saing. ๐ŸŒฟ๐Ÿ’š

Post Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *