Smart Green

“Smart Thinking. Green Living. Sustainable Future.”

🌱 Mesyuarat Jawatankuasa Smartgreen PJK Bil. 1/2025 🌱

Pada 4 Februari 2025, Unit Pengurusan Teknologi Hijau (UPTH), Politeknik Jeli Kelantan telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Smartgreen PJK Bil. 1/2025 yang dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Politeknik Jeli Kelantan, Gs. Mohd Zamre bin Ab. Rahman.

Gambar ilustrasi Gambar ilustrasi

Mesyuarat ini membincangkan pelbagai perkara penting berkaitan pelaksanaan agenda hijau politeknik, termasuk taklimat skop tugas bagi setiap Bidang Tumpuan yang disampaikan selaras dengan Blue Print Smartgreen PolyCC 2021–2026. Taklimat tersebut telah dibentangkan oleh Ketua Unit UPTH, En. Amir Afuan bin Nordin, yang turut mempersembahkan analisis pencapaian Politeknik Jeli Kelantan dalam The UI GreenMetric World University Ranking (UIGM) tahun 2024.

“Setiap idea hijau yang dibincangkan hari ini adalah benih kepada perubahan masa depan.”

Melalui sesi perbincangan dan maklum balas daripada ahli mesyuarat, beberapa penambahbaikan strategik telah dikenal pasti bagi memperkukuh prestasi dan penyertaan Politeknik Jeli Kelantan dalam The UI GreenMetric World University Ranking 2025.

Mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan Politeknik Jeli Kelantan dalam memperkasa inisiatif kampus hijau serta memastikan usaha ke arah kelestarian alam sekitar terus dilaksanakan secara terancang dan berimpak tinggi. 🌿💚

Post Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *