Smart Green

“Smart Thinking. Green Living. Sustainable Future.”

🌱 Program IEEP Kursus DYA40363 – Industrial Crop Production System 🌱

Seramai 77 orang pelajar Diploma Agroteknologi Semester 4 bersama 3 orang pensyarah kursus telah menyertai program ini dengan kerjasama RISDA Batu Gajah yang diketuai oleh En. Mohd Hafiq Hanafi, Penolong Pegawai RISDA.

Gambar ilustrasi Gambar ilustrasi

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan latihan praktikal kepada pelajar mengenai kaedah merawat penyakit luruhan daun Pestalotiopsis, penyakit akar dan serangan anai-anai menggunakan teknik rawatan yang selamat, berkesan dan mesra alam.

“Rawatan yang tepat bukan hanya menyembuhkan pokok, tetapi memulihkan ekosistem. Pertanian moden harus bersih, bijak dan lestari.”

Melalui program ini, pelajar berpeluang menguasai kemahiran rawatan secara praktikal dan memahami pentingnya pengurusan penyakit dan perosak bagi meningkatkan hasil serta kualiti tanaman. Ia juga membentuk pelajar yang lebih berdaya saing dan berpengetahuan dalam bidang pertanian.

Post Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *