Smart Green

“Smart Thinking. Green Living. Sustainable Future.”

🌱 Lawatan Unit Agroteknologi ke Kilang Sawit Tapis Kuala Balah Bagi Pemantapan Kursus Agricultural Waste Management dan Bidang Tumpuan 3 UI GreenMetric 🌱

Pada 24 Februari 2025 (Isnin), Unit Agroteknologi Politeknik Jeli Kelantan telah mengadakan Lawatan Akademik ke Kilang Sawit Tapis Kuala Balah bagi tujuan pemantapan serta pengukuhan Bidang Tumpuan 3 UI GreenMetric. Program ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Kilang Sawit Tapis Kuala Balah.

Gambar ilustrasi Gambar ilustrasi

Lawatan ini turut disertai oleh beberapa orang pensyarah kursus yang terlibat, antaranya Pn. Noor Anizah binti Maarof, En. Muhamad Syazwan bin Azizi, En. Mohd Ridzuan bin Abd Rashid, Pn. Masitah binti Mohamad, En. Amir Afuan bin Nordin, dan En. Muhammad Yusri bin Md Shafi’i. Turut hadir sebagai tetamu kehormat ialah En. Muhd Shukri bin Che Wil, Pengurus Kanan Kilang Sawit Tapis merangkap Penasihat Industri PJK, serta Pn. Mimi, Pegawai Penyelidik Kilang Sawit Tapis.

““Teknologi hijau bukan sekadar inovasi, tetapi tanggungjawab terhadap bumi.””

Program ini juga menjadi platform bagi pertukaran pandangan serta perkongsian pengetahuan berkenaan pengurusan sisa secara lestari yang selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDGs). Melalui sesi lawatan dan perbincangan bersama pihak kilang, para peserta memperoleh kefahaman yang lebih mendalam mengenai teknologi rawatan sisa sawit moden yang mesra alam serta berimpak tinggi.

Post Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *