🌿 🌿 Program “Go Green PJK: 1 Staf 1 Pokok” 🌿
Telah berlangsung dengan jayanya Program “Go Green PJK: 1 Staf 1 Pokok” pada 19 November 2025 bertempat di Politeknik Jeli Kelantan. Program ini merupakan satu inisiatif murni ke arah memupuk kesedaran tentang kepentingan penjagaan alam sekitar serta menyemai semangat cintakan kehijauan dalam kalangan warga PJK. 🍃
Melalui program ini, setiap staf mengambil bahagian secara langsung dengan menanam sepohon pokok sebagai simbol komitmen bersama dalam menjadikan persekitaran kampus lebih hijau, nyaman dan lestari untuk generasi kini dan akan datang. Usaha kecil ini diharap mampu memberi impak besar dalam membentuk budaya kerja yang lebih peka terhadap kelestarian alam.
“Kita tidak mewarisi bumi daripada nenek moyang, tetapi meminjamnya daripada anak cucu kita.” 🌍✨
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Koperasi PJK atas sumbangan pokok-pokok buah yang telah membantu melancarkan pelaksanaan program ini. Sumbangan ini bukan sahaja mencantikkan landskap kampus, malah berpotensi memberi manfaat jangka panjang kepada seluruh warga politeknik.
Semoga program seperti ini akan terus menjadi amalan berterusan dan menyemai budaya hijau serta nilai tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan warga PJK. 🌱💚