Smart Green

“Smart Thinking. Green Living. Sustainable Future.”

🌿 PROGRAM CSR KHIDMAT KOMUNITI TEKNIKAL 🌿

Program CSR ini telah berlangsung pada 5–6 September 2025 bertempat di Kampung Bahagia, Kuala Krai, Kelantan. Inisiatif ini merupakan kerjasama strategik antara Hospital USM (HUSM) dan Politeknik Jeli Kelantan (PJK) sebagai usaha mendekatkan khidmat sosial kepada komuniti luar bandar. Seramai 50 orang sukarelawan terlibat dalam pelaksanaan program ini, merangkumi 35 wakil daripada HUSM dan 10 wakil daripada PJK, bersama penduduk kampung yang turut memberi kerjasama dalam menjayakan semua aktiviti yang dirancang.

Gambar ilustrasi Gambar ilustrasi

Program CSR ini bertujuan memperkasa komuniti luar bandar dengan ilmu berkaitan pengurusan sisa pepejal, kitar semula, pencegahan penyakit,serta kemahiran menghasilkan baja organik Bokashi.

Dengan pelaksanaan program seperti aktiviti motivasi, kesihatan, pembangunan sahsiah, teknologi, kebersihan dan pemuliharaan alam sekitar, usaha ini diharap dapat membuka peluang serta membentuk masyarakat yang lebih berdaya saing, bermaklumat dan sejahtera.

“CSR di kampung bukan sekadar program, ia adalah jambatan kasih antara ilmu, pembangunan dan kemanusiaan.”

Syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini! 🌱💪

Post Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *