Smart Green

“Smart Thinking. Green Living. Sustainable Future.”

🏎️ Program Carpool & Lift Sharing 🏎️

Program Carpool & Lift Sharing merupakan inisiatif ke arah amalan kampus hijau serta pengangkutan lestari dalam kalangan warga Politeknik Jeli Kelantan. Melalui konsep berkongsi kenderaan, program ini bertujuan mengurangkan kesesakan trafik, menjimatkan kos perjalanan, serta mengurangkan pelepasan karbon ke udara.

Dengan semangat “LET’S ACT OUTSIDE THE BOX”, warga PJK digalakkan untuk bersama-sama menyertai gerakan ini sebagai langkah kecil yang memberi kesan besar kepada alam sekitar serta kesejahteraan komuniti kampus. Usaha ini turut meningkatkan hubungan silaturrahim, menggalakkan sikap prihatin, serta memupuk budaya saling membantu.

“Bijak bergerak, bijak berbelanja, bijak menjaga bumi. Sertai Carpool & Lift Sharing.”

Semua staf dan pelajar dialu-alukan menyertai program ini melalui pendaftaran dalam talian menggunakan kod QR yang disediakan. Sertai kami. Kerana berkongsi itu membawa kebaikan.

Post Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *