🌿ZERO CARBON AREA @ SAVE 2026 🚍🌿
Politeknik Jeli Kelantan dengan bangganya mengisytiharkan kawasan pertandingan 4th International Solar Aerial Vehicle (SAVE) Competition 2026 sebagai ZERO CARBON AREA selaras dengan aspirasi Kampus Hijau PJK dan komitmen terhadap pembangunan mampan.
Inisiatif ini bertujuan mengurangkan pelepasan karbon serta membudayakan amalan mesra alam dalam kalangan peserta, warga kampus dan pengunjung sepanjang berlangsungnya pertandingan antarabangsa ini.
“Setiap tan karbon yang berjaya dikurangkan adalah satu langkah lebih dekat kepada masa depan yang mampan.”
Ayuh bersama-sama membudayakan mobiliti hijau demi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, sihat dan mampan untuk generasi akan datang.