๐ฟ POLITEKNIK JELI KELANTAN TONJOLKAN PRODUK INOVASI UNIK DI EKSPO TANI KELANTAN 2026
Politeknik Jeli Kelantan (PJK) turut memeriahkan Ekspo Tani Kelantan 2026 dengan mengetengahkan produk-produk inovasi hasil penyelidikan dan kreativiti warga PJK yang berjaya mencuri perhatian para pengunjung.
Antara produk yang menjadi tumpuan ialah Sambal Cendawan Kukur Berapi Jelifornia, yang mengangkat cendawan kukur sebagai sambal premium bercita rasa unik, serta Terrarium Green Vista, sebuah ekosistem mini yang menampilkan keindahan alam semula jadi dalam balang kaca.
eunikan kedua-dua produk ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung. Malah, YB Datoโ Ustaz Haji Tuan Mohd Saripudin, Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan, turut menyatakan bahawa inovasi seperti ini membuktikan kreativiti mampu menghasilkan produk bernilai tinggi serta berpotensi untuk dikembangkan ke pasaran yang lebih luas.
โ๐ Tahniah dan selamat maju jaya."
๐๐ฟ Orang ramai dijemput mengunjungi Reruai 17, bersebelahan Pentas Utama, bagi melihat sendiri keunikan produk-produk inovasi PJK serta mendapatkan Sambal Cendawan Kukur Berapi Jelifornia dan Terrarium Green Vista.