π± AKTIVITI AMALI & LATIHAN LAPANGAN DI INDUSTRI
Seramai 107 orang pelajar Diploma Agroteknologi Semester 4 bagi kursus DYA40363 β Industrial Crop Production System telah mengikuti aktiviti amali dan latihan lapangan di Lembaga Getah Malaysia (LGM), Tokdor, Setiu pada 9 dan 10 Ogos 2026.
Sepanjang aktiviti, para pelajar berpeluang mendapatkan pendedahan secara langsung berkaitan pengurusan tanaman getah melalui beberapa aktiviti amali seperti teknik penanaman benih getah, pembajaan getah muda, aktiviti merumpai, pembukaan panel torehan dan teknik menoreh getah.
Aktiviti ini turut disertai oleh 3 orang pensyarah kursus serta seorang Penolong Pegawai Pertanian sebagai pengiring.
Pendedahan secara langsung di lapangan seperti ini amat penting dalam membantu pelajar menghubungkan ilmu teori yang dipelajari di dalam kelas dengan amalan sebenar dalam industri, sekali gus meningkatkan kemahiran, keyakinan dan kompetensi mereka sebagai bakal graduan TVET.
βπ Belajar di kelas, menguasai kemahiran di lapangan, bersedia untuk industri!"
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Lembaga Getah Malaysia (LGM), Tokdor, Setiu atas kerjasama, layanan serta perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat kepada para pelajar.