🏆🚀 MAJLIS PENUTUP 4TH INTERNATIONAL SOLAR AERIAL VEHICLE (SAVe) COMPETITION 2026 🚀🏆
Tirai 4th International Solar Aerial Vehicle (SAVe) Competition 2026 telah melabuhkan tirainya dengan jayanya setelah berlangsung selama dua hari yang menghimpunkan bakat, kreativiti dan inovasi dalam bidang teknologi dron berasaskan tenaga solar.
Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Dr. Haji Mohd Daud bin Isa, Pengarah Kanan Akademik, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
Penganjuran SAVE 2026 berjaya menjadi platform antarabangsa yang mempertemukan peserta daripada pelbagai institusi pendidikan tempatan dan luar negara untuk berkongsi idea, mempamerkan inovasi serta menguji keupayaan teknologi dalam bidang UAV dan tenaga hijau.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas pencapaian yang membanggakan. Syabas juga kepada semua peserta yang telah mempamerkan semangat daya saing, kreativiti serta komitmen yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.
“Persekitaran yang hijau melahirkan minda yang segar, komuniti yang sihat dan kampus yang lestari.” 🌿
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.