📌 KURSUS ASAS LANDSKAP
Telah berlangsung Kursus Asas Landskap melibatkan seramai 30 orang pelatih AADK Jeli, 5 orang staf AADK Jeli serta 5 orang staf Politeknik Jeli Kelantan (PJK).
Program ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan asas berkaitan landskap kepada para peserta melalui pembelajaran teori dan praktikal di lapangan.
Sepanjang kursus berlangsung, peserta didedahkan dengan asas pengurusan landskap, teknik penjagaan tanaman serta kerja-kerja landskap yang berkaitan bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta dalam bidang tersebut.
Program ini memberi impak positif kepada peserta melalui perkongsian ilmu dan pengalaman kerja sebenar di lapangan. Selain itu, aktiviti ini turut membantu dalam menjaga dan menceriakan persekitaran kampus selaras dengan aspirasi Kampus Hijau PJK.
“Persekitaran yang hijau melahirkan minda yang segar, komuniti yang sihat dan kampus yang lestari.” 🌿
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.