🌙 Iftar Perdana & Inisiatif Smart Green Campus PJK
Majlis Iftar Perdana Politeknik Jeli Kelantan (PJK) merupakan acara tahunan yang menghimpunkan seluruh warga kampus staf dan pelajar untuk berbuka puasa dalam suasana penuh barakah. Namun, penganjuran kali ini tampil berbeza dengan membawa misi kelestarian yang lebih besar.
Sejajar dengan matlamat Smart Green Campus, PJK komited untuk mengurangkan impak sisa pepejal dan sisa plastik sekali guna. Melalui inisiatif ini, kami ingin memupuk budaya tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan warga kampus.
Bagi memastikan kelancaran majlis dan kejayaan agenda hijau kita, semua warga PJK diwajibkan untuk :
- 🍽️ Membawa pinggan dan peralatan makan sendiri.
- 💧 Membawa botol air (tumbler) sendiri.
- 🧼 Memastikan sisa makanan diuruskan dengan tertib.
“Kecil bagi kita, besar untuk alam sekitar.”
Dengan membawa peralatan sendiri, kita bukan sahaja menjimatkan kos pengurusan sisa, malah membantu mengurangkan ribuan plastik dan polistirena yang berakhir di tapak pelupusan sampah.