Smart Green

“Smart Thinking. Green Living. Sustainable Future.”

🌿 BENGKEL ANALISIS & PENYELARASAN AKTIVITI UIGM & MPCC AWARDS 2026 🌿

Pada 2 Mac 2026, Unit Pengurusan Teknologi Hijau (UPTH) Politeknik Jeli Kelantan telah menganjurkan Bengkel Analisis & Penyelarasaan Aktiviti UIGM & MPCC Awards 2026 sebagai inisiatif memperkukuh perancangan strategik ke arah pencapaian yang lebih cemerlang dalam agenda kelestarian kampus.

Bengkel ini dilaksanakan selaras dengan aspirasi Blueprint Smart Green PolyCC 2021–2026 (BSGPC) bagi memastikan PJK terus aktif dan kompetitif dalam penyertaan UI GreenMetric World University Ranking (UIGM), MPCC Awards serta Anugerah SmartGreen POLYCC.

Sepanjang bengkel, pencapaian UIGM 2025 telah dianalisis secara menyeluruh. Sesi turut melibatkan perbincangan terbuka, analisis SWOT, pengenalpastian ruang penambahbaikan serta perangkaan pelan tindakan bagi tahun 2026. Penyelarasan semula pengagihan tugas juga dibuat bagi memastikan gerak kerja lebih tersusun, sistematik dan berfokus.

Gambar ilustrasi Gambar ilustrasi

“Kelestarian bermula dengan kesedaran, diperkukuh dengan perancangan, dan dibuktikan dengan pencapaian.”

Semoga usaha berterusan ini dapat memperkukuh budaya SmartGreen dalam kalangan warga PJK serta menjadikan Politeknik Jeli sebagai contoh institusi TVET yang mampan dan berdaya saing. 🌱 Bersama Memacu Kelestarian, Memperkasa SmartGreen Politeknik Jeli.