Smart Green

“Smart Thinking. Green Living. Sustainable Future.”

🌙 CSR IFTAR RAMADAN: MENYEMAI KESEDARAN KEBERSIHAN DI KAWASAN AWAM

Politeknik Jeli Kelantan telah menganjurkan Program CSR Iftar Ramadan sebagai inisiatif tanggungjawab sosial dalam menyokong kempen penjagaan kebersihan di kawasan awam, khususnya di lokasi berbuka puasa.

Program ini merupakan anjuran bersama Unit Pengurusan Teknologi Hijau, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) PJK serta Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (RELASIS). Pelajar dan pensyarah Politeknik Jeli Kelantan telah terlibat dalam menjayakan program ini.

Para peserta terdiri daripada pelajar kursus Green Technology Compliance, JPP PJK dan RELASIS PJK, selaras dengan usaha memupuk kesedaran terhadap amalan kelestarian serta kepentingan menjaga kebersihan persekitaran dalam kalangan masyarakat.

Gambar ilustrasi Gambar ilustrasi Gambar ilustrasi Gambar ilustrasi

“♻️ Meningkatkan kesedaran menjaga kebersihan kawasan awam”

Semoga usaha berterusan ini dapat memperkukuh budaya SmartGreen dalam kalangan warga PJK serta menjadikan Politeknik Jeli sebagai contoh institusi TVET yang mampan dan berdaya saing. 🌱 Bersama Memacu Kelestarian, Memperkasa SmartGreen Politeknik Jeli.