Smart Green

β€œSmart Thinking. Green Living. Sustainable Future.”

🌱 GO GREEN KELAB MESRA ALAM PJK: AKTIVITI MENANAM POKOK DI SEKITAR PJK 🌳

Kelab Mesra Alam Politeknik Jeli Kelantan (PJK) telah menganjurkan Program Go Green: Aktiviti Menanam Pokok di Sekitar PJK sebagai usaha menyemai budaya cintakan alam sekitar dalam kalangan warga kampus.

Program yang dikendalikan oleh Puan Murni binti Rahim dengan kerjasama En. Chung Boon Chuan ini bertujuan memupuk kesedaran terhadap kepentingan memelihara kehijauan, kebersihan dan kelestarian alam sekitar. Melalui aktiviti ini, para peserta didedahkan kepada tanggungjawab bersama dalam menjaga alam sekitar serta menggalakkan penglibatan aktif ke arah mewujudkan kampus yang lebih hijau dan lestari.

Gambar ilustrasi Gambar ilustrasi Gambar ilustrasi

β€œπŸ’š Aktiviti Hijau yang kita buat hari ini akan memberi kesan pada generasi akan datang."

Inisiatif seperti ini diharapkan dapat memberi impak positif dalam mewujudkan persekitaran kampus yang lebih bersih, hijau, sihat dan kondusif, di samping membentuk warga PJK yang prihatin terhadap kelestarian alam demi kesejahteraan masyarakat dan generasi akan datang.