Smart Green

“Smart Thinking. Green Living. Sustainable Future.”

📢 Lawatan Penanda Aras Ke Arjuna Dharma Global

Satu lawatan penandaarasan telah diadakan ke Arjuna Dharma Global bagi mendapatkan pendedahan berkaitan amalan terbaik dalam pengurusan sisa serta meneroka peluang kerjasama strategik antara pihak Politeknik Jeli Kelantan dan industri.

Antara fokus utama perbincangan termasuk model pengumpulan minyak masak terpakai secara berpusat dan komuniti, mekanisme pemantauan serta rekod pengumpulan yang lebih efisien, potensi penghasilan biodiesel sebagai sumber tenaga alternatif, dan strategi meningkatkan kesedaran masyarakat dalam program kitar semula minyak masak.

Inisiatif ini dijangka memberi impak positif dari aspek kelestarian alam sekitar melalui pengurangan pencemaran air dan tanah, menyokong agenda ekonomi hijau serta memperkukuh pelaksanaan Pengurusan Sisa SmartGreen di kampus. Pendekatan ini selari dengan konsep ekonomi kitaran (circular economy) dan turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 11 dan SDG 12).)

Gambar ilustrasi Gambar ilustrasi

“The best way to predict the future is to create it sustainably.” 🌿

Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada pelaksanaan projek yang lebih tersusun, berimpak tinggi dan mampan demi kesejahteraan komuniti serta kelestarian alam sekitar.