Unit Multimedia berfungsi sebagai unit sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta khidmat penyebaran dan penyampaian maklumat di PJK. Unit ini juga memainkan peranan dalam menjayakan segala aktiviti rasmi PJK yang melibatkan rakaman siaran langsung, rakaman video dan gambar, sistem audio dan video. Disamping itu, unit ini juga menghasilkan produk seperti video koporat, video dalaman PJK, slide show dan sebagainya dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran.Antara perkhidmatan yang dijalankan ialah :
♦ Membuat rakaman siaran langsung
♦ Merakamkan aktiviti rasmi PJK secara video dan gambar still.
♦ Menyediakan tayangan-tayangan multimedia bagi menjayakan sesuatu program seperti Hari Kualiti, Sambutan Bulan Kemerdekaan, Minggu Suai Kenal dan sebagainya.
♦ Mengeluarkan produk multimedia dalam bentuk video, audio dan slide.
♦ Menyediakan peralatan audio, video, komputer, Projektor LCD dan kamera bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran.
♦ Menerbitkan laporan tahunan PJK.
♦ Bilik seminar atau tayangan yang selesa.
♦ Merekabentuk dan mencetak banner, poster, sticker dan sebagainya.
♦ Menyalin VCD dan DVD bagi P&P dalam margin yang besar.
CARTA ORGANISASI
[Klik di sini untuk lihat]
| PENGENALAN | ||||||||
|
Unit Teknologi Maklumat(UTM) PJK telah ditubuhkan pada Oktober 2009. Adalah menjadi matlamat kami untuk melaksanakan rangkaian kampus,servis komputer, pembangunan perisian di dalam PJK. UTM juga bertanggungjawab untuk membangunkan teknologi PJK selaras dengan pembangunan IT yang terkini. Bagi tujuan pembangunan staf, UTM memainkan peranan untuk memberi khidmat sokongan kepada kakitangan bukan akademik dan akademik bagi menghasilkan pekerja yang mampu melaksanakan tugas melibatkan penggunaan teknologi maklumat dengan lebih berkesan. Matlamat utama UTM adalah untuk memaksimakan penggunaan teknologi dan rangkaian serta perkhidmatan ICT di PJK. |
||||||||
|
||||||||
|
MISI DAN VISI |
||||||||
|
||||||||
N
CARTA ORGANISASI
OBJEKTIF UNIT PEMBANGUNAN DAN SENGGARA
Melaksanakan penyenggaraan dan pembangunan yang menepati kualiti, masa dan kos yang ditetapkan untuk mencapai persekitaran yang kondusif dan infrastruktur yang optimum.
FUNGSI UNIT PEMBANGUNAN DAN SENGGARA
- Membangunkan infrastruktur mengikut keperluan dan arahan semasa serta memastikan pembangunan dilaksanakan secara terancang.
- Menyelenggara secara berkala sistem mekanikal, elektrikal dan lain-lain seperti chiller, ganset dan memantau penyelenggaraan dilaksanakan mengikut spesifikasi dan jadual yang telah ditetapkan.
- Membaiki kerosakan yang diterima berdasarkan aduan kerosakan sama ada dibaiki secara dalaman atau melibatkan kontraktor berdasarkan kerosakan yang dikenalpasti.
- Bertanggungjawab untuk melaksanakan perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja yang berkaitan pembangunan.
- Memantau dan menyelia perlaksanaan kerja oleh kontraktor yang dilantik.
- Memperakukan dan mengesyorkan pembayaran projek-projek yang telah siap.
- Memberi khidmat nasihat berkaitan teknikal kepada pengarah.
CARTA ORGANISASI





