Bidang Tumpuan

Senarai bidang tumpuan yang dilaksanakan

BT 1

Pengurusan Penyeledikan & Pendidikan

Pengurusan Pendidikan dan Penyelidikan yang memberi tumpuan kepada pelaksanaan Kurikulum Hijau, penyelidikan dan penerbitan lestari, pengurusan laporan dan laman sesawang kelestarian.

BT 2

Pengurusan Tenaga & Perubahan Iklim

Tumpuan terarah kepada pengekalan dan peningkatan kecekapan penggunaan tenaga serta galakan penggunaan tenaga boleh diperbaharui bagi mengurangkan pelapasan karbon.

BT 3

Pengurusan Alam Sekitar & Landskap

Mengintegrasi amalan pengurusan alam sekitar dalam pengoperasian institusi melalui dasar-dasar dan prosedur bagi memastikan amalan alam sekitar terbaik diaplikasikan dalam urusan harian.

BT 4

Pengurusan Sisa

Tumpuan terarah kepada pengurusan sisa untuk peningkatan kesedaran dan pengetahuan pengurusan sisa bagi mengoptimumkam penggunaan sumber melalui pengukuran prestasi pengurusan sisa semasa.

BT 5

Pengurusan Air

Tumpuan kelima ialah Pengurusan Air yang melalui peningkatan pengetahuan tentang utiliti dan amalan kaedah penjimatan air melalui pemantauan, kawalan dan pembangunan sistem kitar semula air dan penuaian air hujan.

BT 6

Pengurusan Pengangkutan

Tumpuan keenam memberi tumpuan kepada Pengangkutan dengan menerapkan kesedaran tentang kepentingan bagi mengurangkan pencemaran melalui pelaksanaan polisi dan pengurusan teknologi hijau.

BT 7

Perolehan Hijau

Tumpuan ketujuh iaitu Perolehan Hijau yang memberi fokus kepada pengenalan dan amalan perolehan hijau dalam sistem Politeknik dan Kojej Komuniti sebagai usaha menyokong pemeliharaan alam sekitar.

Selingan

Laman Sesawang

Ini bukan bidang tumpuan, tetapi ini adalah selingan dimana penggunaan laman sesawang juga memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan sebarang maklumat yang berkaitan dengan amalan hijau masa kini.

Image

Kepentingan Amalan Hijau

Tahukah anda amalan hijau boleh menyelamatkan bumi dari sebarang kejadian atau kerosakan berterusan

Terdapat beberapa kelebihan sekiranya kita mempertingkatkan penjagaan amalan hijau dalam hidup kita. Antaranya adalah :

🌿 Melindungi Alam Sekitar

Amalan hijau seperti mengurangkan penggunaan plastik, kitar semula, dan penjimatan tenaga membantu mengurangkan pencemaran udara, air dan tanah.

âš¡ Menjimatkan Sumber dan Kos

Penggunaan tenaga secara cekap (contohnya lampu LED atau tenaga solar) dapat menjimatkan bil elektrik.

🧘 Meningkatkan Kualiti Hidup

Persekitaran yang lebih bersih dan hijau membawa kepada udara yang lebih segar, kesihatan yang lebih baik, dan komuniti yang lebih sejahtera.

Image

Sustainable Development Goals (SDGs)

Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals (SDGs) ialah satu rangka kerja global yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memastikan pembangunan dunia berlaku secara seimbang bukan hanya maju dari sudut ekonomi, tetapi juga menjaga kesejahteraan manusia dan alam sekitar.

Kempen Smart Green Politeknik Jeli Kelantan

Berita Terkini Smart Green PJK

Kempen : Safe Energy Safe Planet

UPTH PJK
/
Smart Green

Read More

Kempen : Carpool & Lift Sharing

UPTH PJK
/
Smart Green

Read More

Kempen : We Love We Care

UPTH PJK
/
Smart Green

Read More
Visitor Count: 0