PERTANDINGAN FOTOGRAFI "Rooftop Gardening"

Syarat-Syarat Pertandingan :

  1. Terbuka kepada pelajar dan kakitangan Politeknik Malaysia.
  2. Tema pertandingan : Menghijaukan Bumi - Selangkah Kehadapan.
  3. Setiap penyertaan MESTILAH disertakan :
    • Tajuk (berdasarkan kepada Tema Pertandingan)
    • Penerangan ringkas
  4. Pengadilan berdasarkan kepada :
    • Keaslian fotografi
    • Tajuk
    • Penerangan ringkas
  5. Setiap gambar mestilah dihantar melalui emel berikut : rooftopgardening@pjk.edu.my, format JPEG berserta dengan erti dan mesej yang ingin disampaikan melalui foto-foto tersebut.
  6. Foto yang dihantar mestilah berukuran 8" X 10" atau bersaiz 8R.
  7. Peserta boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk menterjemahkan maksud tema pertandingan yang dinyatakan dan mestilah memberikan mesej yang jelas melalui gambar.
  8. Untuk mengekalkan keaslian gambar, sebarang pengeditasian (penyuntingan) pada gambar tidak boleh dilakukan menggunakan perisian Adobe Photoshop, Adobe Illustrator atau mana-mana perisian pengeditan / penyuntingan gambar yang lain.
  9. Foto yang dihantar mestilah yang asli dan tidak pernah disiarkan di mana-mana media massa dan pertandingan lain.
  10. Borang penyertaan boleh dicapai dan dimuat turun dengan klik di sini :

BORANG PENYERTAAN

  1. Semua karya foto yang yang diserahkan akan menjadi milik pihak penganjur dan penganjur berhak menggunakan foto tersebut untuk apa-apa tujuan di masa hadapan.
  2. Penyertaan yang tidak menepati syarat dan kriteria tidak akan dipertimbangkan.
  3. Keputusan pengadil adalah muktamad.
  4. Pemenang akan dimaklumkan melalui telefon.
  5. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pihak penganjur di talian : 09-9550501 (En. Nawi) atau email : nawi@pjk.edu.my
  6. Hadiah pertandingan
    • Tempat Pertama : RM1000 + Sijil
    • Tempat Kedua : RM700 + Sijil
    • Tempat Ketiga : RM500 + Sijil
  7. Tarikh tutup penyertaan : 17 Julai 2011

 

[ ^ Keatas ]

© 2011 Unit Teknologi Maklumat, Politeknik Jeli Kelantan.