MAJLIS KONVOKESYEN KALI PERTAMA 2010

Hear this article

Majlis Konvokesyen Kali Pertama Politeknik Jeli, Kelantan telah diadakan pada 28 Mac 2010 bertempat di Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu, Kelantan. Seramai 32 graduan telah menerima sijil pada majlis konvokesyen kali pertama ini. Yang Berhormat Dato' Sri Mustapa Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri / Ahli Parlimen Jeli) telah menyampaikan sijil graduasi tersebut kepada graduan-graduan.

Laporan ringkas dari Unit Keusahawanan PJK

Unit keusahawanan PJK telah ditubuhkan pada 15 November 2009. Program ini melibatkan pelajar seramai 30 orang di bawah pimpinan Ustaz Mohamad Sukeri Bin Ismail. Tujuan penubuhan unit ini adalah untuk mengenalpasti kebolehan pelajar dalam bidang keusahawanan dan memberi pendedahan serta pengalaman dalam menguruskan perniagaan setelah tamat belajar nanti.

Salah satu aktiviti ialah membuka gerai cenderahati semasa Majlis Konvokesyen Politeknik Jeli kali pertama yang diadakan di Kelantan Trade Center.

Sesi lawatan YB Dato' Sri Mustapa Mohamad ke gerai Unit Keusahawanan Pelajar-pelajar yang terlibat dengan gerai Unit Keusahawanan di bawah pimpinan Ustaz Sukeri

Diharapkan agar dengan adanya program seperti ini, para pelajar dapat melatih diri dalam bidang keusahawanan.

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com