Bengkel Penyelarasan Pilihanraya & Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik 2010

Hear this article

Bengkel penyelarasan pilihanraya dan jawatan kuasa perwakilan pelajar politeknik 2010 telah di adakan pada 08 hingga 11 Februari 2010 di Hotel Crystal Crown, No 3, Jalan Jambu Mawar,off Jalan Kepong, Jinjang Selatan Kuala Lumpur. Bengkel ini telah di hadiri oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar En. Mohd Afli b. Hj. Abdullah  dan Pegawai Hal-Hal Pelajar (Kebajikan dan Disiplin) En. Abd. Hafi bin Ismail, Politeknik Jeli Kelantan. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menghasilkan garis panduanpilihanraya politeknik agar ia selaras dan boleh digunapakai oleh semua politeknik dan menyelaras aktiviti JPP Kebangsaan.

 

 

Objektif pilihanraya dan jawatan kuasa perwakilan pelajar politeknik di adakan adalah:-

  1. Memberi peluang kepada pelajar memilih wakil mereka melalui system demokrasi yang adil dan berkesan.
  2. Melahirkan pelajar yang matang dan faham keperluan dan kepentingan kepimpinan di kalangan pelajar.
  3. Melahirkan pemimpin pelajar yang beribawa dan yang lebih mampan dan berkualiti dan diterima sebagai pemimpin oleh majority pelajar.
  4. Membantu pelajar mendapatkan kemudahan di samping memaksimumkan penggunaan kemudahan sedi ada.
  5. Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pelajar.

 

 

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com