image image image image
* * * *
Saturday January 19 , 2019
Font Size
   

PILIHANRAYA KECIL JPP POLITEKNIK JELI KELANTAN SESI JUN 2010

Pada 18 Ogos 2010 Politeknik Jeli Kelantan telah mengadakan satu pilihanraya kecil sempena pemilihan baru Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). Pemilihan ini diadakan berikutan berlaku kekosongan kerusi yang ditinggalkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar terdahulu yang telah menamatkan pengajian di Politeknik Jeli.

Dalam Pilihanraya Kecil tersebut terdapat seramai 12 calon yang telah dicalonkan di kalangan pelajar. Walaubagaimanapun, hanya seramai 7 calon sahaja yang diperlukan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh JPP terdahulu. Antara calon-calon yang terpilih dan berjaya mengisi kekosongan JPP tersebut ialah Muhamad Dhazukie bin Mokhtar, Muhamad Syahir bin Md Yunus, Nor Hafidatul Azni bt Hamat, Aisyawati bt Isa, Nur Farhain bt Mohd Shukri, Nor Saiful Zaini b Ismail dan Muhammad Hariz bin Mat Nor.

 

Sebelum proses pengundian bermula, calon-calon telah diberi peluang untuk menunjukkan bakat kepimpinan masing-masing dengan memberikan ucapan bertenaga dan bersemangat di hadapan pelajar-pelajar Politeknik yang datang mengundi pada hari tersebut.

Pilihanraya Kecil ini turut dihadiri oleh Tuan Pengarah Politeknik Jeli Kelantan iaitu Tn Hj Noor Azahan bin Othman untuk menyaksikan proses pilihanraya berlangsung. Turut hadir menyaksikan pilihanraya tersebut ialah En. Mohd Afli bin Hj Abdullah selaku Pegawai Hal-Hal Pelajar.

Antara Ahli Jawatankuasa lain yang turut menjayakan Pilihanraya ini En. Mohd Afandi bin Mustapha, En Abd Hafi bin Ismail, Pn Maselamah bt Ismail, Cik Norhidayah bt Nordin dan En Mazlien Azim bin Mat Daud. Kemenangan calon-calon JPP baru tersebut telah diberi penghargaan dan ucapan tahniah daripada Pengarah dan pihak pengurusan Politeknik Jeli dengan harapan dapat membawa satu saf kepimpinan yang berkualiti di Politeknik Jeli pada masa akan datang.

 

Tuan Pengarah sempat memberikan ucapan semangat kepada calon-calon JPP

Para pelajar mengambil tempat sebelum proses pengundian

Antara calon-calon yang terpilih

Antara calon-calon yang terpilih

Pelajar-pelajar beratur untuk membuang undi

Pelajar membuang undi ke dalam peti undi yang disediakan

Barisan Jawatankuasa yang menjayakan pilihanraya kecil PJK



Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com