image image image image
* * * *
Wednesday March 20 , 2019
Font Size
   

SEMINAR PENGURUSAN

Seminar Pengurusan telah diadakan pada 18 Mac 2010 bertempat di  Politeknik Jeli, Kelantan. Ianya dianjurkan oleh Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer dengan kerjasama Unit Pengurusan Psikologi & Kaunseling. Seminar ini dirasmikan oleh Pensyarah Kanan Politeknik Jeli, Tn. Haji Ibrahim bin Abdullah. Penceramah jemputan adalah En. Mohd Rizal dari Rizal Agency dan  En. Mohd Zaimi dari Kolej Lagenda. Seminar ini dihadiri oleh pelajar-pelajar kursus Pengurusan.

Pensyarah kursus Pengurusan, Pn Wan Farah Aida bt Wan Abdullah berkata dalam ucapannya dimana pengurusan  merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia. Oleh itu, beliau  berharap agar Seminar Pengurusan ini dapat menerangkan konsep serta prinsip  dalam pengurusan disamping dapat mendedahkan pelajar-pelajar dalam  mengenalpasti peranan pengurus dalam sesebuah organisasi.

Seminar  ini  bertujuan untuk  memberi panduan kepada pelajar-pelajar sekalian dalam menghadapi dunia sebenar selepas tamat pengajian nanti. Pelajar-pelajar juga telah dibantu untuk meningkatkan keperibadian, penetapan matlamat dan seterusnya memilih bidang-bidang kerjaya yang diminati selaras dengan peluang kerjaya pada masa akan datang.

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com