image image image image
* * * *
Saturday January 19 , 2019
Font Size
   

KEJOHANAN BOLING POLITEKNIK JELI

Politeknik Jeli, Kelantan (PJK) telah mengadakan Kejohanan Boling Politeknik Jeli bertempat di Pacific Bowl, KB Mall, Kota Bahru pada 27 April 2010. Kejohanan yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan ini adalah terbuka kepada semua warga PJK iaitu staf dan pelajar.  Ianya berjaya menarik minat seramai 85 peserta yang terdiri daripada 63 orang pelajar dan 22 orang staf. Perasmian kejohanan ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Noor Azahan Bin Othman, Pengarah Polieknik Jeli .

 

 

Menurut Pegawai Sukan & Kokurikulum PJK, En Mohd Nor Bin Yusof, antara matlamat kejohanan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru atlet PJK dalam sukan boling, memberikan peluang kepada semua warga PJK bagi menjalani aktiviti sukan untuk kesihatan badan disamping lebih mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.

“ Peserta telah menunjukkan semangat kesukanan dan bersaing dalam suasana penuh ceria dan muhibbah” katanya. Tiga kategori telah dipertandingkan iaitu kategori pelajar, kategori staf lelaki dan kategori staf wanita.

Tempat pertama bagi kategori pelajar telah dimenangi oleh Nik Mohd Nabil Bin Nik Mustapa, dengan jatuhan pin sebanyak 415. Tempat kedua pula telah dimenangi oleh Mohd Fahmi Bin Arifin dengan jatuhan pin sebanyak 406 dan tempat ketiga dimenangi oleh Mohammad Azrul Bin Mohammad Zanwa dengan jatuhan pin sebanyak 390.

Tempat pertama bagi kategori staf lelaki telah dimenangi oleh En. Muhd Khairul Syazwan Bin Kadir dengan jatuhan pin sebanyak 412. Tempat kedua pula telah dimenangi oleh En. Mazlien Azim Bin Mat Daud dengan jatuhan pin sebanyak 396 dan tempat ketiga dimenangi oleh En. Mohamad Afandi  Bin Mustafa dengan jatuhan pin sebanyak 387.

Tempat pertama bagi kategori staf wanita telah dimenangi oleh Pn Haninah Binti Ibrahim dengan jatuhan pin sebanyak 452. Tempat kedua pula telah dimenangi oleh Puan Kamariani Binti Che Amat dengan jatuhan pin sebanyak 263 dan tempat ketiga dimenangi oleh Puan Nur Hazwani Binti  Mohd Shukri dengan jatuhan pin sebanyak 235.

Pelajar-pelajar & Kakitangan PJK bergambar kenangan bersama

 

Pelajar-pelajar bergambar kenangan

 

 

 

 

 

 

 

 

Ready, Set... go....

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com