image image image
* * *
Monday August 26 , 2019
Font Size
   

KURSUS ASAS KEPIMPINAN JPP, PRSP DAN KELAB SUKAN POLITEKNIK JELI 2010

Program KURSUS ASAS KEPIMPINAN 2010 merupakan program julung kali diadakan bagi sesi Januari 2010. Program ini telah diadakan di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu, Terengganu pada 4 hingga 6 Mac 2010. Program ini dianjurkan oleh Unit Pengurusan Psikologi dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar dan Unit Sukan & Ko-Kurikulum Politeknik Jeli Kelantan. Program ini telah melibatkan semua ahli jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), Jawatankuasa Kelab Pembimbing Rakan Siswa Politeknik (PRSP) dan Jawatankuasa Sukan seramai 20 orang pelajar.

 


Antara objektif program ini diadakan adalah untuk melatih para siswa-siswi Politeknik Jeli menjadi individu yang berketrampilan dan berbakat dalam menerajui saff kepimpinan pelajar Politeknik Jeli di samping untuk mengeratkan ukhwah dan silaturahim diantara ahli-ahli jawatankuasa pelajar.

Bergambar kenangan selepas aktiviti jungle trekking

Di samping itu, sesi pentauliahan perlantikan juga telah diadakan pada hari terakhir program yang telah disempurnakan dan dirasmikan oleh Pengarah Politeknik Jeli Kelantan, Tuan Hj Noor Azahan Bin Othman. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini ialah termasuk ceramah kepimpinan, kuliah agama,  Latihan dalam kumpulan (LDK), aktiviti lasak seperti obstacle dan jungle tracking, lakonan drama dan aktiviti riadah.

Penyampaian watikah

 

Barisan peserta dan urusetia serta pengarah bergambar kenangan.

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com