image image image
* * *
Monday August 26 , 2019
Font Size
   

Bengkel Intensif Matematik

Bengkel Intensif Matematik telah diadakan pada 9 Febuari 2010 bertempat di Kampus Sementara Politeknik Jeli, Ayer Lanas,  Kelantan. Ianya dianjurkan oleh Unit Pengurusan Psikologi & Kaunseling dengan kerjasama Jabatan Matematik, Sains dan Komputer.

 

Program ini bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dan pendedahan  pelajar akan kepentingan mempelajari matematik kerana dalam kehidupan harian kita tidak boleh mengelak daripada aplikasi matematik contohnya semasa membeli belah, pembinaan bangunan, membuat pengukuran, membuat perbandingan dan sebagainya.

 

Menurut Ketua Jabatan JMSK, Pn Wan Farah Aida kursus matematik merupakan kursus teras bagi Sijil Kejuruteraan Elektrik.Terdapat banyak kursus lain seperti Teknologi Elektrik, Sistem Elektronik dan Instrumentasi yang juga melibatkan pengiraan matematik. Maka penguasaan matematik dengan baik memberi keuntungan dalam mempelajari kursus tersebut. Memandangkan kepentingan matematik ini, pelajar haruslah mengamalkan sikap yang positif terhadap kursus tersebut.

 

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com