image image image image
* * * *
Saturday January 19 , 2019
Font Size
   

Majlis Pelancaran Transformasi Politeknik

Majlis Pelancaran Transformasi Politeknik telah diadakan pada 25 Februari 2010 bertempat di Putrajaya International Convention Center (PICC) yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Majlis ini dihadiri oleh pengarah, pegawai hal ehwal pelajar, pensyarah dan pelajar dari  Jawatan Perwakilan Pelajar Politeknik Jeli .

Di kaunter tiket ERL

 

Pelan Transformasi Politeknik ini adalah untuk meningkatkan prestasi institusi pengajian tinggi tempatan agar menjadi institusi bertaraf dunia.Usaha ini sememangnya memerlukan penekanan terhadap kualiti, daya saing, kreativiti dan inovasi.

 

Transformasi ini merupakan langkah awal strategik mempersiapkan iklim dan persekitaran sesuai untuk  menyediakan apa sahaja ramuan dan syarat menjadikan Malaysia sebagai pengajian tinggi antarabangsa.

Tiba di KLIA

Menunggu ketibaan ERL

Di dalam KLIA Transit

 

Diharap transformasi ini  dapat menghasilkan institusi pengajian tinggi yang benar-benar mampu menggalas cita-cita negara dalam melahirkan modal insan yang unggul dan menguasai nilai dan kemahiran yang tinggi.

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com