image image image image image
* * * * *
Tuesday May 23 , 2017
Font Size
   

Tentang MPP

PENGENALAN

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mesti diwujudkan berasaskan Akta 174 (merujuk bahagian ke 111, perenggan ke 7 menyatakan bahawa sesuatu institusi hendaklah mempunyai satu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan peruntukan—peruntukan Jadual Ketiga hendaklah dipakai bagi jawatankuasa itu) merupakan satu jawatankuasa yang menyuarakan atau menjadi pengantara diantara pelajar dengan pentadbiran. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) terdapat disemua Politeknik Malaysia dan merupakan organisasi induk kepimpinan pelajar di setiap politeknik di dalam Malaysia.

VISI

  • Memperjuangkan suara  pelajar dari segi kebajikan  dan akademik.
  • Menyalurkan  informasi terkini kepada pelajar.
  • Menyemarakkan  semangat cintakan kampus di kalangan pelajar melalui  penglibatan aktiviti pelajar  dan kemasyarakatan.
  • Memupuk  dan mengukuhkan semangat integrasi dan perpaduan  kaum di kalangan pelajar

MISI

Melahirkan Pelajar Yang Berakhlak Mulia, Berbudaya Ilmu, Berkepimpinan Dan Berwawasan Jauh

MOTTO

"SUARA HATI PELAJAR"

OBJEKTIF JPP

  • Melahirkan barisan pemimpin yang berwibawa
  • Membantu pelajar mendapatkan kemudahan di samping  memaksimumkan penggunaan kemudahan sedia ada di politeknik
  • Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pelajar
  • Menggalakkan penyertaan aktif pelajar pelbagai etnik dan agama dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan
  • Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak pengurusan

CARTA ORGANISASI

Sila klik untuk lihat ]

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com