image image image image image
* * * * *
Friday July 28 , 2017
Font Size
   

UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI

PENGENALAN

Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) di Politeknik Jeli Kelantan merupakan unit yang memberi perkhidmatan secara langsung kepada pelajar dalam pelaksanaan urusan dan aktiviti yang berkaitan Latihan Industri bermula daripada sebelum, semasa dan selepas menjalani latihan industri.

Latihan industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada suasana pekerjaan sebenar dan mempraktikkan serta mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang dipelajari semasa di Politeknik. Ia juga merupakan satu kursus yang disyaratkan wajib lulus sebelum pelajar diperakukan untuk penganugerahan Diploma Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Pelajar perlu mendaftar kursus Latihan Industri satu semester lebih awal sebelum ditempatkan di mana-mana firma, jabatan, syarikat atau organisasi yang sesuai dengan bidang pengajian masing-masing. Tempoh pelajar menjalani Latihan Industri adalah selama 20 minggu di firma, jabatan, syarikat atau organisasi dan perlu kembali melapor diri di Politeknik setelah tempoh berkenaan untuk proses penilaian selama 2 minggu.

FUNGSI

  1. Mengurus dan menyelaras pelaksanaan latihan industri pelajar-pelajar
  2. Memberi panduan berkaitan pelaksanaan latihan industri kepada pelajar-pelajar dengan memberi taklimat dan penerangan berkaitan
  3. Mengurus penempatan pelajar-pelajar yang sebelum menjalani latihan industri di firma
  4. Menyelaras pemantauaun / penyeliaan pelajar-pelajar semasa menjalani latihan industri
  5. Mengurus lapor diri semula pelajar ke politeknik setelah tamat latihan untuk urusan penilaian

KURSUS YANG DITAWARKAN

Kursus yang ditawarkan adalah Latihan Industri (10 Jam Kredit)

OBJEKTIF

  1. Mengaplikasi teknologi yang dipelajari.
  2. Berkomunikasi dengan berkesan.
  3. Mengamalkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan.
  4. Sentiasa mematuhi polisi, prosedur dan peraturan organisasi.
  5. Menghasilkan laporan penuh latihan industri.

CARTA ORGANISASI

Unit Perhubungan dan Latihan Industri diketuai oleh seorang ketua unit dan seorang penyelaras

KETUA UNIT : NAWAWI BIN ISMAIL

PENYELARAS UNIT : AMIRUL FARHAN BIN OTHMAN @ MUSTAFFA


HUBUNGI KAMI

Maklumat berkaitan alamat, nombor telefon, faks dan emel;

Unit Perhubungan & Latihan Industri

Politeknik Jeli Kelantan

Jalan Raya Timur Barat

17600 Jeli

Kelantan

(u.p:  Pegawai Perhubungan & Latihan Industri)

Nombor Telefon :           09-944 3600 (Sambungan UPLI  631)

Faks                 :           09-9462802

Email                :           This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it / This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com