image image image image
* * * *
Saturday January 19 , 2019
Font Size
   

UCAPAN KATA ALUAN KETUA PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK

Assalammualaikum dan Selamat sejahtera,

Terlebih dahulu saya bagi pihak 33 buah Politeknik Malaysia mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang kepada 23,000 orang pelajar yang telah berjaya dipilih untuk menyambung pengajian dalam pelbagai bidang teknikal dan perkhidmatanyang ditawarkan di Politeknik Malaysia.  Sesungguhnya kejayaan saudara dan saudari semua adalah merupakan detik penting dalam kehidupan anda setelah menamatkan pengajian di tingkatan lima pada tahun lepas.

Ianya juga akan menjadi satu sejarah yang dibanggakan oleh keluarga anda.  Menjadi sebahagian daripada 23 ribu orang yang berjaya dipilih daripada 200,500  orang yang memohon adalah merupakan satu kejayaan bagi saudara-saudari.  Pada hari tersebut, kehadiran saudara dan saudari akan melengkapkan keluarga besar warga pelajar di seluruh 33 buah Politeknik Malaysia yang berjumlah 92,000 orang.

Syabas kepada saudara-saudari kerana telah membuat pilihan yang tepat.   Fasa baru dalam kehidupan sebagai pelajar akan dimulakan oleh saudara-saudari di sebuah institusi pendidikan tekninal dan vokasional yang telah melahirkan juara dunia dalam bidang robotik (Pertandingan Robot Soccer). Politeknik Malaysia juga telah mendapat pengikitirafan akreditasi oleh agensi dalam negara seperti MQA dan luar negara seperti dari Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC) dan  Canadian Technology Accreditation Board (CTAB).

Saya selaku Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia akan menunggu lakaran kejayaan dan kegemilangan yang dihasilkan oleh saudara dan saudari sebagai pelajar Politeknik Malaysia.  Insyaallah dengan suasana persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan bersifat holistik, saudara-saudari akan muncul sebagai pelajar yang matang dan seimbang dari segi akal dan akhlak.  Ianya merupakan kunci kepada lonjakan 1 sepertimana yang diingini oleh negara yang telah dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PT) iaitu melahirkan Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan & Seimbang.

Sempena menyambut Ramadhan Al Mubarak saya mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa kepada semua pelajar baru dan warga Politeknik Malaysia dan semoga mendapat rahmat dan hidayah di bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini.

Sekian dahulu dari saya dan tahniah serta selamat datang kepada warga baru pelajar Politeknik Malaysia Sesi Jun 2015.

 

Datuk Hj. Mohlis Bin Jaafar

Ketua Pengarah

Jabatan Pendidikan Politeknik

Kementerian Pendidikan Malaysia

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com