image image image image
* * * *
Saturday January 19 , 2019
Font Size
   

SEMINAR PEMERKASAAN EKONOMI KOMUNITI

MASA:

8.30 Pagi hingga  1.00 Petang

TEMPAT:

Politeknik Jeli Kelantan

TARIKH:

22 Mac 2015 (Ahad)

PENGENALAN:

Seminar ini adalah cetusan idea daripada YB. Dato’ Sri Mustapha bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selaku Ahli Parlimen Jeli yang mengambil berat perihal pembangunan ekonomi penduduk di sekitar Jeli berasaskan pertanian dan akuakultur.

Melalui program ini, Politeknik Jeli dipertanggungjawabkan untuk menjadi jambatan merapatkan hubungan silaturahim antara pemimpin kerajaan dengan komuniti setempat. Ini juga sejajar untuk mendedahkan masyarakat dengan usaha-usaha yang dilakukan kerajaan untuk menaiktaraf sosio-ekonomi penduduk setempat.

Program ini juga adalah satu pendekatan bagi menyampaikan maklumat serta peluang-peluang yang ditawarkan oleh kerajaan untuk komuniti. Usaha ini dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup penduduk daerah Jeli dan seterusnya membantu menambah hasil pendapatan negara.

Perkongsian ilmu ini diharap dapat memberi serba sedikit maklumat yang berguna sebagai bekalan kepada komuniti untuk memajukan lagi kegiatan ekonomi seterusnya dapat memajukan lagi pulangan pendapatan mereka.

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com