image image image image
* * * *
Tuesday January 17 , 2017
Font Size
   

FAQ

1)

Apakah kursus - kursus yang ditawarkan oleh Politeknik Jeli Kelantan?

Program yang ditawarkan adalah diperingkat Diploma sahaja. Hanya satu program yangi ditawarkan di Politeknik Jeli Kelantan iaitu Diploma Agroteknologi & Akuakultur.

2)

Bagaimanakah mendapatkan borang permohonan kemasukan ke PJK / IPTA ?

Permohonan kemasukan ke PJK (Kemasukan Sesi Jun) adalah dengan menggunapakai Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya melalui laman web http://upu.mohe.gov.my/ , manakala Kemasukan Sesi Disember adalah melalui aplikasi dalam talian di portal Bahagian Ambilan Pelajar Politeknik di http://www.politeknik.edu.my

3)

Apakah syarat kelayakan untuk memasuki PJK?

Warganegara Malaysia 
Lulus SPM serta memenuhi syarat minimum berikut;
a. Lulus Bahasa Melayu
b. Lulus Bahasa Inggeris
c. Mendapat Lima (5) kepujian matapelajaran berikut;

Matematik / Matematik Tambahan

Satu (1) matapelajaran kumpulan Sains / Teknologi / Vokasional / Sastera Iktisas

Tiga (3) matapelajaran lain

4)

Bilakah pemgambilan pelajar dilakukan / bilakah permohonan boleh dibuat dan bagaimanakah caranya?

Pengambilan pelajar baru akan dimaklumkan melalui akhbar-akhbar utama dan portal rasmi Bahagian Ambilan Pelajar mengikut ketetapan yang telah dibuat oleh Bahagian tersebut. Sila rujuk portal : http://www.politeknik.edu.my

5)

Apakah kelayakan pelajar untuk mendapat tempat di asrama, dan adakah makanan disediakan di asrama?

Maaf, kemudahan asrama tidak disediakan di Politeknik Jeli Kelantan kerana masih dalam peringkat pembinaan. Namun begitu, para pelajar boleh menyewa asrama atau rumah sewa di luar kawasan kampus PJK.

6)

Adakah politeknik menawarkan tempat untuk lulusan sijil kolej komuniti?

Ya, anda boleh mengikuti Program Diploma lepasan sijil kolej Komuniti di Politeknik Jeli Kelantan mengikut Program-Program yang tersenarai di para 1 di atas. Untuk Syarat Kelayakan Masuk dan cara permohonan bagi Semua Program Lulusan Sijil Kolej Komuniti, sila rujuk maklumat terkini di portal Bahagian Pengurusan Politeknik KPT, http://www.politeknik.edu.my

7)

Apakah syarat untuk lulusan sijil politeknik bagi meyambung pengajian ke Program diploma di mana-mana politeknik?

Syarat kemasukan bagi Program Diploma Lepasan Sijil Politeknik ialah calon dikehendaki mempunyai Himpunan Purata Nilai Mata bersamaan 2.00 dan ke atas. Sila rujuk portal Bahagian Ambilan Pelajar Politeknik KPT di http://www.politeknik.edu.my

8)

Bolehkah pembelajaran dibuat secara sambilan di Politeknik Jeli Kelantan, dan apakah syaratnya?

Maaf, pembelajaran secara sambilan tidak boleh dibuat di PJK.

9)

Berapakan jumlah yuran pengajian untuk mengikuti program di Politeknik Jeli Kelantan?

1. Yuran Pengajian - RM 200 setiap semester

2. Bayaran Pendaftaran - dianggarkan RM 600 (dibayar semasa mula-mula mendaftar sahaja)

10)

Siapakah yang membiayai pelajar-pelajar Politeknik?

Pelajar Politeknik Jeli Kelantan kebanyakannya ditaja oleh PTPTN, walaubagaimana pun terdapat juga penaja-penaja lain seperti Jabatan Perkhidmatan Awam, Yayasan Negeri-Negeri, Kuok Foundation serta Majlis Agama Islam Negeri-Negeri.

11)

Apakah peraturan pakaian dan rupa diri pelajar?

Secara umumnya, pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat (bagi pelajar Islam) dan sopan.

12)

Di manakah pelajar boleh mendapatkan peralatan pengajian, terutama bagi pelajar-pelajar kursus kejuruteraan?

Pelajar boleh membeli di kedai koperasi Politeknik Jeli Kelantan.

13)

Adakah pelajar - pelajar baru akan menjalani Minggu Suaikenal?

Ya, pelajar - pelajar baru diwajibkan menjalani Minggu Suaikenal selama satu (1) minggu sejurus selepas pendaftaran.

Sebarang aduan/pertanyaan sila e-mel kepada : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com