image image image image
* * * *
Thursday July 31 , 2014
Font Size
   

SELAMAT MEMULAKAN TUGAS DI TAHUN 2013 ~ Ucapan Dato KSU KPT

Assalamualaikum,  Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Saya ingin mengucapkan “Selamat Menyambut Tahun Baru 2013” kepada semua warga KPT.

Saya berdoa agar kehadiran tahun baru ini akan membawa kesejahteraan, kesihatan tubuh badan, kemurahan rezeki dan kegembiraan kepada kita semua. Pada masa yang sama saya ingin menyeru kepada semua warga KPT untuk kita bersama-sama membulatkan tekad serta iltizam bagi menambah nilai dan prestasi diri,  Bahagian, Jabatan serta KPT selaras dengan aspirasi dan visi bersama  iaitu menuju ke arah  GREAT MOHE, yang mana akhirnya akan menyumbang ke arah mencapai GREAT NATION.

2.  Bagi merealisasikan hasrat tersebut, saya amat berharap kita dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih gigih, passionate, penuh integriti, mempunyai nilai bersama untuk bermuafakat, saling menghormati serta bersedia untuk bekerja sebagai satu pasukan yang kental. Dalam konteks ini, kita perlu sama-sama merancang dan melaksana strategi dan program yang lebih berimpak tinggi. Pada masa yang sama kita juga perlu meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian dan menghasil “outcome” yang dihasratkan.

3.  Semoga dengan usaha ini kita akan dapat menjenamakan KPT sebagai agensi yang memacu kegemilangan ilmu, pembangunan modal insan yang boleh memartabadkan negara bangsa serta menyumbang ke arah kemakmuran dan kesejahteraan Negara, sejajar dengan amanat YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi yang telah disampaikan sebelum ini dan amanat tahun 2013 yang bakal disampaikan pada awal tahun ini.

Sama-sama kita gemilangkan KPT dan semua agensi-agensi di bawahnya.

Terima kasih.

Ikhlas dari saya,

DATUK AB RAHIM MD NOOR

Ketua Setiausaha

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com