image image image image image
* * * * *
Monday May 29 , 2017
Font Size
   

PROJEK 1 L 5 G

PROJEK 1 L 5 G

Objektif 1 L 5 G

Pencapaian peratus graduan politeknik yang bekerja sebanyak 80% merupakan Key Performance Indicator (KPI) Pengarah Politeknik dan ketua jabatan Politeknik bermula pada tahun 2011, Selain program peningkatan kualiti graduan politeknik serta pemantapan program kebolehpasaran, Projek 1 Penyarah 5 Graduan (1L5G) diperkenalkan untuk membantu lulusan politeknik mendapat bimbingan kerjaya daripada pensyarah walaupun selepas tamat pengajian.

Pengoperasian 1 L 5 G

Bagi projek 1 L 5 G, seorang pensyarah akan dilantik sebagai Pensyarah Mentor Projek 1 L 5 G bagi membimbing 5 orang graduan di bawah seliaannya bergantung kepada jumlah pensyarah dan lulusan di politeknik tersebut.

Data diperolehi daripada temubual melalui telefon oleh setiap pensyarah Mentor Projek 1 L 5 G dengan lulusan dibawah seliaan masing-masing. Pensyarah Mentor Projek 1 L 5 G perlu menghantar laporan lengkap kepada Ketua Jabatan masing-masing untuk diserahkan kepada Pengarah Politeknik.

Pengarah Politeknik akan menghantar laporan kepada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Pengajian Politeknik bagi mendapatkan laporan keseluruhan projek 1 L 5 G Politeknik Malaysia di mana pencapaian KPI dapat diukur.

A Guidebook for Polytechnic Staff : “ Ensuring Your students have Job-Hunting Success” dan handbook for Polytechnic Students : “Job Hunting Success” dibekalkan sebagai rujukan kepada Pensyarah Mentor Projek 1 L 5 G di setiap politeknik masing-masing.

Status 1 L 5 G

KOHORT

SESI TAMAT PENGAJIAN

TEMPOH

KOHORT 1

DISEMBER 2010

JAN 2011 HINGGA JUN2011

KOHORT 2

JUN 2011

JULAI 2011 HINGGA DIS 2011

KOHORT 1

DIS 2011

JAN 2012 HINGGA JUN2012

 

Laporan Ringkas 1 L 5 G

KOHORT

SESI TAMAT PENGAJIAN

TEMPOH

BIL POLITEKNIK YANG MEMBERI MAKLUMBALAS

HASIL/OUTCOME

KOHORT 1

DISEMBER 2010

JAN 2011 HINGGA JUN2011

11 DARI 27 POLITEKNIK

60.3% GRADUAN MENDAPAT PEKERJAAN SELEPAS 6 BULAN TAMAT PENGAJIAN

KOHORT 2

JUN 2011

JULAI 2011 HINGGA DIS 2011

18 DARI 27 POLITEKNIK

64.9% GRADUAN MENDAPAT PEKERJAAN SELEPAS 6 BULAN TAMAT PENGAJIAN

KOHORT 1

DIS 2011

JAN 2012 HINGGA JUN2012

LAPORAN MASIH DALAM PROSES PENGUMPULAN

LAPORAN MASIH DALAM PROSES PENGUMPULAN

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com