image image image
* * *
Thursday June 20 , 2019
Font Size
   

SEMINAR PENGURUSAN ETIKA PROFESIONAL

Pada 15 April 2012, Seminar Pengurusan Etika Profesional telah diadakan di Dewan DSB Politeknik Jeli Kelantan. Antara tujuan program ini diadakan ialah memberi pendedahan kepada para pelajar dalam menguruskan sesuatu program daripada penghasilan kertas kerja, membentuk jawatankuasa, pengagihan tugas, pengurusan masa dan kewangan,perlaksanaan program dan penghasilan laporan.

Ceramah sedang disampaikan oleh penceramah dari Universiti Malaysia Terengganu Pn Khatijah Binti Omar

 

Para pelajar sedang khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan mengenai etika profesional.

 

Seminar ini turut disertai oleh pengarah, timbalan pengarah, ketua jabatan , pensyarah dan kakitangan bukan akademik Politeknik Jeli Kelantan

 

Penceramah telah menjemput seorang pelajar untuk dijadikan sampel etika pemakaian yang sebaiknya perlu diamalkan.

 

Penceramah sangat komited dan dapat menarik perhatian semua pendengar di dalam dewan DSB

 

Penceramah turut mendapatkan pandangan dan idea dari staf mengenai etika profesional seorang pensyarah

 

Penceramah telah menggunakan ruang seoptimumnya sepanjang menyampaikan ceramah kepada warga PJK

Antara hasil yang diharapkan dari program ini ialah :

  • Pelajar telah dapat menghasilkan kertas kerja yang baik
  • Pelajar telah berjumpa dengan pegawai-pegawai tinggi dalam usaha untuk mendapatkan sumber kewangan bagi program yang akan dijalankan.
  • Pelajar telah mencari beberapa peruntukan dalam usaha untuk menyediakan makanan kepada semua warga PJK
  • Pelajar telah menyediakan pamplet, iklan, surat jemputan kepada warga PJK
  • Pelajar telah berjaya menjadi urusetia, pengerusi majlis serta pengarah program dalam usaha menjayakan seminar tersebut
  • Membuka ruang kolaborasi dengan Universiti tempatan
Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com