Anugerah Pelajar Cemerlang
ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG
Pendahuluan
Anugerah Pelajar Cemerlang merupakan satu Pengiktirafan yang diberikan kepada pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sebagai tanda penghargaan daripada Politeknik. Sejak Politeknik mula melahirkan lulusan, pelbagai anugerah kecemerlangan pelajar telah diwujudkan dan disampaikan bersempena dengan Majlis Konvokesyen Politeknik.
Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan dengan wujudnya penganugerahan ini maka akan menjadi satu pemangkin baru kepada pelajar untuk terus berusaha dan memberi sumbangan kepada Politeknik dalam semua bidang. Ia juga mendorong semua pelajar untuk cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga terus melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh Politeknik. Pengiktirafan Kecemerlangan ini juga akan menjadi satu pengiktirafan kecemerlangan yang jitu, mantap dan adil kerana dinilai daripada semua aspek kecemerlangan.
Objektif Penganugerahan
1. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada yang telah mencapai tahap kecemerlangan.
2. Memberi galakan dan dorongan serta mewujudkan saingan yang sihat di kalangan pelajar untuk meningkatkan prestasi akademik masing-masing.
3. Memberikan galakan dan dorongan kepada pelajar untuk menyertai secara aktif aktiviti sukan dan kokurikulum di peringkat Politeknik, negeri mahupun Negara.
4. Menerapkan budaya cintakan ilmu dalam diri pelajar supaya cemerlang dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan hospitality di Politeknik dengan berfikiran kreatif dan inovatif.
Kategori Anugerah
1. Anugerah Ketua Jabatan
2. Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum
3. Anugerah Pengarah Politeknik.
Perincian Anugerah
1. Anugerah Ketua Jabatan
• Senarai Ketua Jabatan ( Untuk semua pelajar )
Anugerah ini akan diberikan kepada pelajar yang telah mencapai tahap prestasi akademik yang cemerlang iaitu mencapai Kedudukan Baik (KB) dengan memperolehi PNM bersamaan atau melebihi 3.50 dan mengambil kursus jumlah jam kredit tidak kurang 12 jam kredit pada semester yang dinilai kecuali semester bagi Latihan Industri.
• Pingat Ketua Jabatan (Untuk pelajar semester akhir)
Penerima anugerah terdiri daripada lulusan yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya dan telah mencapai tahap prestasi akademik iaitu mencapai Kedudukan Baik (KB) dengan memperolehi HPNM bersamaan atau melebihi 3.50 dan penglibatan kokurikulum yang cemerlang serta tidah pernah dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tempoh pengajian di Politeknik
Kaedah Pencalonan dan Pemilihan
i. Keputusan Penilaian Akhir semester akan digunakan sebagai asas penganugerahan
ii. Keputusan penganugerahan akan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik dan keputusan adalah muktamad.
2. Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum ( Jabatan )
Penerima anugerah terdiri daripada lulusan yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya dan telah mencapai tahap prestasi akademik iaitu mencapai Kedudukan Baik (KB) dengan memperolehi HPNM bersamaan atau melebihi 3.50 dan penglibatan kokurikulum yang cemerlang serta tidah pernah dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tempoh pengajian di Politeknik
Kaedah Pencalonan dan Pemilihan
i. Anugerah ini akan diberikan kepada lulusan terbaik Jabatan bagi setiap sesi pengajian. Penerima yang di pilih mengikut program Sijil dan Diploma.
ii. Keputusan Penilaian Akhir semester dan rekod aktiviti Sukan dan Kokurikulum akan digunakan sebagai asas penganugerahan.
iii. Keputusan penganugerahan akan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Politeknik dan keputusan adalah muktamad
Bentuk Anugerah
i. Sijil Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum
ii. Saguhati wang tunai
iii. Plak iringan
3. Anugerah Pengarah Politeknik
• Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum ( Politeknik )
Calon-calon bagi anugerah ini terdiri daripada penerima-penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum Jabatan. Daripada keseluruhan calon-calon ini hanya seorang akan dipilih sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum masing-masing bagi program sijil dan diploma. Semua bentuk anugerah akan disampaikan pada majlis Konvokesyen Politeknik.
Kaedah Pencalonan dan Pemilihan
i. Anugerah ini akan diberikan kepada lulusan terbaik Jabatan bagi setiap sesi pengajian. Penerima yang di pilih mengikut program Sijil dan Diploma.
ii. Keputusan Penilaian Akhir semester dan rekod aktiviti Sukan dan Kokurikulum akan digunakan sebagai asas penganugerahan.
iii. Keputusan penganugerahan akan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Politeknik dan keputusan adalah muktamad
Bentuk Anugerah
i. Sijil Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum
ii. Saguhati wang tunai
iii. Plak iringan
iv. Piala Pusingan
Video Terbaru