image image image image image
* * * * *
Wednesday August 16 , 2017
Font Size
   

MyCareer

Terdapat beberapa agensi yang menawarkan pekerjaan di seluruh Malaysia, ianya terbahagi kepada (A)SWASTA dan (B)KERAJAAN

(A)SWASTA

JobsMalaysia adalah sistem penjodohan pekerjaan automatik atas talian yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Sistem ini adalah satu modul daripada tiga modul yang terdapat di bawah projek Bursa Buruh Elektronik (ELX). Ia telah dilancarkan pada 30 Mei 2002 oleh YB Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Wira Fong Chan Onn.

Sistem ini memberi kemudahan kepada pencari kerja untuk mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian. Majikan pula boleh mendapatkan calon untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka. Menerusi sistem ini juga, pencari kerja boleh membuat permohonan pekerjaan dan majikan boleh menguruskan permohonan pekerjaan yang diterima. Semua kemudahan yang disediakan ini tidak dikenakan sebarang bayaran.

 

Sejak 1995, JobStreet.com telah berkembang menjadi salah satu laman internet Pengambilan terkemuka di rantau Asia-Pasifik, merevolusikan cara pengambilan yang dilakukan hari ini. JobStreet.com menawarkan suite perkhidmatan pengambilan interaktif yang komprehensif. Asia syarikat antarabangsa dan tempatan rekrut dari kolam JobStreet.com 'yang semakin meningkat modal insan cemerlang dan menguruskan proses pengambilan mereka melalui aplikasi perisian yang unik dibangunkan melalui Internet.

 

Laman web yang memaparkan pelbagai pilihan kerjaya yang bersesuaian dengan anda. Memudahkan carian kerja melalui enjin carian yang ringkas dan mudah.

 

(B) KERAJAAN

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 telah dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. Secara Rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) telah ditubuhkan hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja mengenai perkhidmatan perguruan yang ditubuhkan bagi mengkaji perkhidmatan guru-guru, gaji dan syarat-syarat perkhidmatan mereka serta kakitangan sekolah yang lain. Suruhanjaya tersebut yang lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Diraja Aziz telah mengemukakan perakuan supaya sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan berasingan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), ditubuhkan bagi Perkhidmatan Pelajaran.

 

Satu sistem pengesanan graduan yang memberi kemudahan kepada para bakal graduan atau graduan untuk mencari peluang-peluang pekerjaan. Sila klik di sini untuk ke laman 1L5G >>> www.1l5g.com


Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com