image image image image image
* * * * *
Thursday November 23 , 2017
Font Size
   

PTPTN

MAKLUMAT PINJAMAN PTPTN

Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pembiayaan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT. Sekaligus, skim ini membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan tinggi.

Skop penyediaan kemudahan pembiayaan pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program pengajian pada peringkat Diploma, Ijazah Pertama, Sarjana, Doktor Falsafah dan Kursus Profesional di IPT yang ditubuhkan di bawah Akta berikut:

  • Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
  • Akta Institut Teknologi MARA 1976.
  • Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.
  • Akta Pendidikan 1996.


Mulai 1 Mac 2007, pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian secara jarak jauh atau separuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bagi peringkat Diploma, Ijazah Pertama, Sarjana, Doktor Falsafah dan Kursus Profesional layak mendapat pinjaman pendidikan PTPTN. Jumlah pembiayaan hanyalah untuk membiayai yuran pengajian yang ditetapkan oleh IPTA dan tidak melebihi jumlah maksima seperti mana yang dinyatakan dalam Pekeliling PTPTN Bilangan 2 Tahun 2007.

Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pembiayaan pendidikan PTPTN bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN untuk mempunyai akaun SSPN dengan simpanan minimum sebanyak RM20.00

Sehubungan itu, para pelajar digalakkan membuka akaun SSPN di Maybank dan Bank Islam Malaysia Berhad bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pembukaan akaun. Baki akaun SSPN boleh disemak terus/ keesokan hari di laman web PTPTN bagi pembukaan akaun di Maybank manakala keesokan hari bagi pembukaan akaun di Bank Islam Malaysia Berhad

Bagi Pelajar Politeknik, pemohon pembiayaan perlu ada akaun Bank Islam dan pemohon dinasihati agar mengemaskini akaun Bank Islam sebelum memohon.

Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi kelayakan berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  • Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran;atau
  • Lulus SPM dan memperolehi CGPA 3.0 ke atas untuk pelajar lepasan sijil kolej komuniti yang mendapat tawaran pengajian ke peringkat diploma politeknik;
  • Bagi pelajar-pelajar IPTA/ IPTS/ Politeknik, kursus yang diikuti mestilah mendapat kelulusan pendaftaran daripada Jabatan Pengurusan IPT (IPTA/ IPTS)/ Jabatan Pengajian Politeknik, KementerianPengajian Tinggi;
  • Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah  laku semasa permohonan dikemukakan.
  • Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan di perenggan (e) dan (f), pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan;
  • Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun; dan
  • Tiada penaja lain.
  • Pelajar perlu mempunyai akaun simpanan SSPN sebelum membuat permohonan



Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman web PTPTN  http://www.ptptn.gov.my atau hubungi hotline PTPTN di talian 03-20984455.

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com