image image image image
* * * *
Saturday March 23 , 2019
Font Size
   

e-ENROL

MAKLUMAT UNTUK PELAJAR POLITEKNIK JELI KELANTAN.

PELAKSANAAN PRA PENDAFTARAN PELAJAR POLITEKNIK KPT MELALUI SISTEM e-ENROL

  • Sistem pra pendaftaran secara online atau dikenali e-Enrol diwajibkan kepada semua pelajar politeknik semester dua dan ke atas termasuk pelajar yang akan menjalani latihan industri.
  • Proses pendaftaran perlu dilakukan oleh pelajar sebelum membuat bayaran dan melapor diri di Politeknik.
  • Pelajar yang akan menjalani latihan industri perlu membuat pra pendaftaran sebelum melapor diri di Industri.
  • Semua pelajar Politeknik WAJIB membawa slip e-Enrol semasa melapor diri/mendaftar kursus.Pihak Politeknik TIDAK akan meneruskan proses melapor diri atau mendaftar kursus pengajian sekiranya pelajar tidak membawa slip e-Enrol

Sistem e-Enrol akan berkuatkuasa pada sesi Jun 2012 dan mula diaktifkan mulai 21Mei 2012 di www.politeknik.edu.my

TATACARA e-ENROL

1. Layari http://www.politeknik.edu.my/
2. Klik pada Pautan Aplikasi/Pra-Pendaftaran Pelajar Senior
3. Masukkan No.Pendaftaran dan klik Cari
4. Pilih maklumat jabatan, semester dan keputusan peperiksaan (PNM & HPNM) dan klik Aktifkan Status Pra Pendaftaran
5. Cetak slip pra-pendaftaran untuk dibawa semasa hari pendaftaran
6. Ikuti proses pendaftaran mengikut panduan pendaftaran di politeknik masing-masing
7. Sekiranya maklumat tidak dipaparkan, sila maklumkan kepada Pegawai Hal Ehwal Pelajar Politeknik masing-masing.

*Surat makluman dan tatacara pelaksanaan e-Enrol akan diserahkan kepada pelajar melalui/bersama dengan slip peperiksaan politeknik nanti ,terdapat juga di papan kenyataan.

Dari HEP
Politeknik Jeli Kelantan.

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com