image image image image image
* * * * *
Friday July 28 , 2017
Font Size
   

Unit Perpustakaan

PENGENALAN

Perpustakaan Politeknik Jeli (PJK) ditubuhkan serentak dengan penubuhan PJK pada 1 April 2007. Namun kerja-kerja pengkelasan dan pengkatalogan hanya dilakukan pada awal 2013.

Sehingga kini, Perpustakaan PJK telah mempunyai koleksi bahan rujukan lebih kurang 20,000 yang dikelaskan menggunakan Sistem Pengkelasan Library of Congress (LCC). Kapasiti perpustakaan untuk pengguna adalah seramai 300 orang pada satu-satu masa. Perpustakaan adalah sebuah unit sokongan kepada Jabatan Akademik PJK.

Perpustakaan berperanan sebagai pusat maklumat kepada organisasi dan sebilangan besar koleksi perpustakaan adalah yang bersangkutan dengan kursus yang ditawarkan di Politeknik ini seperti Agroteknologi dan Bio-Industri, Matematik, Sains, Komputer, Bahasa Inggeris, Agama Islam dan Pendidikan Moral serta bahan-bahan bacaan umum yang lain seperti Kaunseling, Sukan dan juga buku-buku fiksyen.

VISI
Membina persekitaran yang kondusif, mengumpul koleksi berkualiti, memberi perkhidmatan dan kemudahan yang efesien, sistematik dan mesra pelanggan.

MISI
Sebagai pemangkin ke arah proses pembelajaran serta penyelidikan berimpak tinggi melalui teknologi terkini bagi melahirkan graduan kelas pertama.

OBJEKTIF

  • Membantu melahirkan tenaga separa profesional yang kreatif dan berdaya saing serta mempunyai sahsiah diri yang tinggi.
  • Memberikan perkhidmatan yang cemerlang, membudayakan perkembangan teknologi semasa dan mesra pelanggan.
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi memupuk minat cintakan perpustakaan dan membudayakan ilmu.
  • Mengesan, mengumpul, menyimpan, mengurus, menyedia dan menyebarkan sumber yang bersesuaian, berkualiti dan terkini.

 

CARTA ORGANISASI

PENOLONG PUSTAKAWAN : NORMAWATI BINTI MD ZAIN

PEMBANTU PERPUSTAKAAN : CHE KHAIRUL SAKIMI BIN JUNUH

PEMBANTU PERPUSTAKAAN : NUR NASHIRIENA BINTI MOHD NASIR

PEMBANTU OPERASI : SITI ASIAH BINTI IBRAHIM


WAKTU PERKHIDMATAN
Ahad – Rabu     :  9.00 pagi – 4.30 petang

Khamis             : Tutup

Jumaat & Sabtu : Tutup

Study Week       : Atas permintaan

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com