image image image image
* * * *
Wednesday March 29 , 2017
Font Size
   

Unit Peperiksaan

Pengenalan


Setiap Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia adalah bertanggungjawab memberi panduan mengenai pembelajaran, penilaian, pengawalan dan perjalanan peperiksaan. Penganugerahan Sijil dan Diploma kepada pelajar masing-masing adalah tertakluk kepada kelulusan dan pengesahan Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik setelah pelajar lulus semua peperiksaan serta memenuhi semua kehendak kursus. Bagi sesebuah politeknik, Unit Peperiksaan adalah unit yang dipertanggungjawabkan untuk merancang, mengurus dan melaksanakan segala aktiviti yang berkaitan dengan penilaian pelajar berpandukan kepada garis panduan dan peraturan penilaian yang telah ditetapkan.

Unit Peperiksaan diketuai oleh seorang Pegawai Peperiksaan yang dilantik oleh Bahagian Pengurusan Politeknik, Jabatan Pendidikan Teknikal dan dibantu oleh beberapa penyelaras yang dilantik dari setiap Jabatan Akademik. Segala urusan yang berkaitan dengan penilaian dan juga peperiksaan pelajar diselaraskan oleh unit ini. Di antara tanggungjawab unit ini ialah :-

Sistem Nilai Mata
Sistem penilaian Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia adalah berdasarkan kaedah penilaian kuantitatif prestasi Pelajar di dalam sesuatu kursus dan dikenali sebagai Sistem Nilaian Mata (SNM).
Mengikut sistem ini, prestasi Pelajar bagi sesuatu modul dibahagikan kepada beberapa kumpulan markah atau gred. Satu ukuran prestasi akan digunakan bagi menetapkan Purata Nilaian Mata (PNM) atau Grade Point Average (GPA) dan Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM) atau Cumulative Grade Point Average (CGPA). PNM menunjukkan prestasi Pelajar bagi semester semasa manakala HPNM pula menunjukkan prestasi Pelajar di dalam beberapa semester sehingga kini.

Sistem Gred
Markah yang diperolehi oleh Pelajar di dalam sesuatu modul akan diberi nilai mata dan gred mengikut kumpulan seperti jadual di bawah.

Markah Nilai Mata Gred Status
90-100 4.00 A+ Sangat Cemerlang
80-89 4.00 A Cemerlang
75-79 3.67 A- Kepujian
70-74 3.33 B+ Kepujian
65-69 3.00 B Kepujian
60-64 2.67 B- Lulus
55-59 2.33 C+ Lulus
50-54 2.00 C Lulus
47-49 1.67 C- Lulus Bersyarat
44-46 1.33 D+ Lulus Bersyarat
40-43 1.00 D Lulus Bersyarat
30-39 0.67 E Gagal
20-29 0.33 E- Gagal
0-19 0.00 F Gagal

Keputusan Lulus Bersyarat

  1. Pelajar dibenarkan mengulang kursus dengan tujuan untuk memperbaiki gred kursus. Hanya pelajar yang mendapat gred pencapaian minimum (C-,D+ dan D) dibenarkan untuk mengulang kursus.
  2. Pelajar yang mendapat gred pencapaian minimum (C-,D+ dan D) dibenarkan membaiki gred kursus hanya sekali sahaja sepanjang pengajian.
  3. Pelajar yang mengulang kursus wajib mengikuti semula kuliah dan semua penilaian kursus (PA & PB) sepenuhnya sepanjang semester.
  4. Pelajar yang mendapat gred pencapaian minimum (C-,D+ dan D) yang ingin memperbaiki kursus perlu mengambil kursus tersebut pada semester berikutnya termasuk semester pendek.
  5. Keputusan bagi pelajar yang memperbaiki gred kursus akan diambil dari gred terbaik.
  6. Bagi pelajar semester akhir yang mendapat HPNM dibawah 2.00 dibenarkan untuk mengulang kursus yang Lulus Bersyarat.
  7. Pelajar yang mendapat keputusan KS digalakkan mengulang kursus yang Lulus Bersyarat.

Penilaian Dalam Sistem Semester
Semua modul (matapelajaran) akan dinilai secara berterusan sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula. Modul Am dan modul-modul yang tidak melibatkan Peperiksaan Akhir akan dinilai secara 100% Penilaian Berterusan. Modul yang melibatkan Peperiksaan Akhir akan dinilai berdasarkan kepada 60% Penilaian Berterusan (PB) dan 40% Peperiksaan Akhir (PA).

Peraturan Am Kaedah Penilaian
Pelajar hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut sebelum layak untuk dinilai prestasi akademiknya:
• telah mendaftar pengajian;
• telah mendaftar modul berkenaan; dan
• telah mencapai tahap kehadiran 80% seperti yang ditetapkan bagi aktiviti pembelajaran yang diwajibkan bagi sesuatu modul.

Penentuan Jumlah Jam Kredit
Jumlah jam kredit yang perlu diambil oleh Pelajar bagi sesuatu semester adalah di antara 12 hingga 18. Pendaftaran atau pengambilan Jumlah Jam Kredit yang kurang atau melebihi daripada yang ditetapkan perlu mendapat sokongan Penasihat Akademik dan kelulusan Ketua Jabatan.

Pelajar hendaklah mencukupkan jumlah jam kredit minimum bagi setiap semester dengan mengambil modul-modul elektif yang ditawarkan pada semester berkenaan atau modul-modul lain dengan kebenaran Ketua Jabatan.

Mendaftar Dan Mendaftar Modul
Pendaftaran modul akan dilaksanakan pada setiap awal semester di mana Pelajar hendaklah mendaftar semua modul yang akan diambil atau yang diwajibkan pada semester berkenaan dan modul ulangan (carry) daripada semester sebelumnya. Pelajar perlu mendapat nasihat daripada Penasihat Akademik dan juga pengesahan Ketua Jabatan masing-masing sebelum mendaftar.

Jika Pelajar tidak mendaftar modul ulangan atau yang wajib diambil pada semester berkenaan:
" segala penilaian bagi modul tersebut tidak akan diambil kira; dan
" pelajar akan diberi gred F dengan nilai mata 0.00 bagi modul berkenaan; dan
" pelajar dianggap telah menduduki modul berkenaan dan gagal satu kali.

Pelajar yang telah mendaftar untuk mengambil sesuatu modul itu hendaklah mengikuti sepenuhnya aktiviti pembelajaran bagi modul tersebut. Kegagalan pelajar menghadiri apa-apa aktiviti pembelajaran dengan memuaskan bagi sesuatu modul boleh menyebabkan pelajar tidak layak untuk menduduki peperiksaan bagi modul tersebut.
Mengugur Modul & Menambah Modul

Pelajar yang telah mendaftar sesuatu modul itu boleh menggugur atau menambah modul dengan syarat jumlah jam kredit bagi semester berkenaan tidak kurang atau tidak melebihi daripada jumlah jam kredit yang ditetapkan.
Pengguguran dan Penambahan Modul hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan dan Pelajar hendaklah terlebih dahulu mendapatkan nasihat dan sokongan daripada Penasihat Akademik serta mendapat kelulusan Ketua Jabatan.
Jika Pengguguran Modul tersebut menyebabkan berlakunya kekurangan jumlah jam kredit bagi semester berkenaan, Pelajar dikehendaki mencukupkan jam kredit dengan menambah mana-mana modul yang lain dan membuat semula pendaftaran modul berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan.

Selepas daripada tempoh yang ditetapkan ini Pelajar tidak dibenarkan membuat sebarang Pengguguran dan/atau Penambahan Modul.

Mengulang Modul (Carry)
Mengulang Modul (Carry) adalah keadaan apabila Pelajar dikehendaki mengambil semula modul yang gagal pada semester sebelumnya yang nilai matanya adalah 1.67 ke bawah (mendapat markah 49 ke bawah)
Syarat - syarat yang membolehkan Pelajar itu untuk Mengulang Modul ialah:-
• mendapat Kedudukan Baik (KB) atau Kedudukan Bersyarat (KS) pada Keputusan Peperiksaan Akhir Semester; dan
• gagal tidak melebihi 50% modul teknikal pada semester berkenaan.

Pelajar yang mengulang modul hendaklah mengikuti semula aktiviti-aktiviti pembelajaran bagi modul berkenaan sepenuhnya.

Pelajar perlu mendaftar untuk Mengulang Modul bersama-sama dengan modul yang ditetapkan bagi semester semasa setelah mendapat nasihat daripada Penasihat Akademik dan kelulusan Ketua Jabatan.

Kaedah Mengulang Modul ini adalah tertakluk kepada syarat jumlah jam kredit yang telah ditetapkan bagi satu-satu semester.
Kaedah Mengulang Modul ini juga adalah tertakluk kepada sama ada modul itu ditawarkan atau tidak pada semester berkenaan.

Pelajar dikehendaki Mengulang Modul bagi mana-mana modul yang disyaratkan ke atasnya pada semester berikut sekiranya modul itu ditawarkan kecuali pada keadaan-keadaan yang tidak memungkinkan Pelajar berbuat demikian dan mendapat kelulusan mengena

Pindahan Kredit
Pindahan Kredit bagi mana-mana modul adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan yang ditetapkan.
Pelajar boleh memohon kelulusan Pindahan Kredit bagi mana-mana modul daripada Ketua Jabatan masing-masing.
Mata Kredit yang diperolehi bagi modul yang berjaya mendapat pindahan kredit tidak akan diambil kira dalam pengiraan HPNM.

Jumlah jam kredit bagi modul tersebut hanya diambil kira bagi menentukan Jumlah Jam Kredit Terkumpul untuk tujuan penamatan kursus.

Meneruskan Pengajian Ke Berikutnya
Pelajar yang mendapat keputusan Kedudukan Baik (KB) dan Kedudukan Bersyarat (KS) adalah layak meneruskan pengajian ke semester berikutnya.

Kategori Keputusan Peperiksaan
Keputusan Peperiksaan bagi setiap semester akan dikategorikan kepada :
i) Kedudukan Baik (KB)
- Pelajar mendapat HPNM bersamaan atau lebih 2.00
ii) Kedudukan Bersyarat (KS)
- Pelajar mendapat HPNM bersamaan atau lebih 1.60 dan kurang daripada 2.00
iii) Mengulang Semester (MS)
- Pelajar mendapat HPNM bersamaan atau lebih 1.60 dan gagal melebihi 50% modul teknikal.
iv) Gagal Berhenti
- Pelajar mendapat HPNM kurang daripada 1.60
- Pelajar mendapat PNM kurang daripada 1.00

Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian bagi sesuatu kursus adalah seperti berikut :
i) Diploma ... minimum 5 semester
• maksimum 8 semester
ii) Sijil ... minimum 3 semester
• maksimum 6 semester
iii) Kursus Secara Sambilan

a) Diploma ... minimum 4 semester
• maksimum 6 semester
b) Sijil ... minimum 4 semester
• maksimum 10 semester

PENGANUGERAHAN SIJIL / DIPLOMA
Pelajar adalah layak dianugerahkan Sijil/Diploma setelah :
lulus semua modul yang disyaratkan; dan
mencapai jumlah jam kredit yang ditetapkan bagi sesuatu kursus; dan
telah menamatkan Latihan Industri dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan berhubung dengannya; dan
memuaskan Lembaga Peperiksaan dan memenuhi semua kehendak kursus.

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com