Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan
Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan merupakan unit yang menyelaras latihan staf dan program di bawah konsep Time Sector Privatisation (TSP) yang diperkenalkan pada awal tahun 1990an.
TSP merupakan satu program kerjasama yang membenarkan pihak industri dan orang awam menggunakan kemudahan latihan di politeknik secara optimum. Program ini telah dijalankan di PJK semenjak tahun 2000. Program ini telah memberi manfaat kepada pihak luar terutama industri yang biasanya menggunakan kemudahan fasiliti dan kepakaran politeknik untuk melatih pekerja yang terdapat di premis masing-masing, juga orang awam yang berhasrat meningkatkan tahap kemahiran mereka.
PJK pada masa ini melaksanakan 3 kategori program TSP iaitu Kursus Sambilan, "Cistomised Courses" dan Sewaan Fasiliti. Aktiviti program TSP tidak menjejaskan matlamat asas penubuhan Politeknik yang menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran sepenuh masa kerana aktiviti program TSP dilaksanakan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.
FUNGSI
Mengenalpasti keperluan latihan, merancang dan menentukan tatacara memberi latihan termasuk kursus dalaman, luaran, formal, tidak formal kepada semua staf yang terlibat dalam semua proses dan memastikan setiap staf yang dikenalpasti mengikut program peningkatan kemahiran yang diperlukan.
Melaksanakan kursus-kursus secara sambilan (KSS). Memberi peluang kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma sambil terus bekerja.
Melaksanakan konsep pengswastaan sektor masa (Time Sector Privatisation Concept). Memberikan peluang kepada pihak luar iaitu sektor swasta atau jabatan/agensi kerajaan untuk menggunakan sumber latihan atau pendidikan di politeknik pada kadar bayaran yang berpatutan.
Mengurus dan menyelaras penggunaan fasiliti politeknik oleh pihak luar
SENARAI TUGAS
- Bertanggungjawab untuk mengendalikan urusan latihan staf.
- Menguruskan dan melaksanakan kursus sambilan (KSS).
- Melaksanakan konsep Pengswastaan Sektor Masa Kementerian Pendidikan Malaysia (Time Sector Privatisation).
- Merancang, melaksana dan menyelaraskan perlaksanaan program latihan yang sesuai untuk pihak swasta, jabatan/agensi kerajaan dan individu luar yang berminat.
- Mengurus dan menyelaras penggunaan fasiliti politeknik oleh pihak luar.
- Menyenaraikan jenis latihan yang diperlukan dan nama staf untuk menghadiri latihan termasuk jangkamasa latihan dan anggaran kos latihan.
- Menguruskan penempatan pegawai di industri (sangkutan industri) yang dibenarkan dalam jangkamasa tertentu yang ditetapkan oleh Bahagian Latihan dan Kemajuan Staf, Jabatan Pendidikan Teknikal (BLKS).
- Menyenggara rekod-rekod latihan/kursus/kemahiran dan penilaian keberkesanan latihan/kursus terhadap staf serta menyimpan dan mengemaskini pangkalan data.
- Menyediakan jadual perancangan latihan berasaskan kepada keperluan yang dikenalpasti dari borang maklumat staf, laporan audit dalaman, tindakan pembetulan dan pencegahan dan keputusan kajian semula pengurusan.
- Melaporkan status keseluruhan perancangan dan pengurusan latihan peringkat politeknik.
Log Masuk
Video Terbaru