image image image image image
* * * * *
Friday July 28 , 2017
Font Size
   

Unit Multimedia

Unit Multimedia berfungsi sebagai unit sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta  khidmat penyebaran dan penyampaian maklumat di PJK.   Unit ini juga memainkan peranan dalam menjayakan segala aktiviti  rasmi  PJK yang melibatkan rakaman siaran langsung, rakaman video dan gambar, sistem audio dan video. Disamping itu, unit ini juga menghasilkan produk seperti video koporat, video dalaman PJK, slide show dan sebagainya dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Antara perkhidmatan yang dijalankan ialah :

  1. Membuat rakaman siaran langsung
  2. Merakamkan aktiviti rasmi PJK secara video dan gambar still.
  3. Menyediakan tayangan-tayangan multimedia bagi menjayakan sesuatu program seperti Hari    Kualiti, Sambutan Bulan Kemerdekaan, Minggu Suai Kenal dan sebagainya.
  4. Mengeluarkan produk multimedia dalam bentuk video, audio dan slide.
  5. Menyediakan peralatan audio, video, komputer, Projektor LCD dan kamera bagi menjayakan proses pengajaran dam pembelajaran.
  6. Menghasilkan brosur PJK dan jabatan-jabatan yang terdapat di PJK.
  7. Menerbitkan laporan tahunan PJK.
  8. Bilik seminar atau tayangan yang selesa.
  9. Merekabentuk dan mencetak banner, poster, sticker dan sebagainya.
  10. Menyalin VCD dan DVD bagi P&P dalam margin yang besar.
Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com