
Unit Pentadbiran  bertanggungjawab mengurus hal-hal kewangan, pentadbiran, perkhidmatan, pembangunan organisasi, sumber manusia dan program pembangunan modul insan berkaitan dengan Jabatan. Unit ini terbahagi kepada tiga cawangan iaitu Cawangan Kewangan, Cawangan Pentadbiran dan Cawangan Perkhidmatan.
FUNGSI
Cawangan Kewangan
- Menyediakan anggaran belanjawan tahunan, mengawal perbelanjaan, menyediakan penyata perbelanjaan bulanan, menyemak flimsy, menandatangani baucer-baucer, waran perjalanan pegawai/kakitangan serta mengawal buku Vot.
- Mengurus perkara-perkara yang berkaitan dengan pembelian dan kawalan stor alat tulis.
- Menyelaras panjar wang runcit dan menandatangani buku tunai dan resit.
- Mengurus pembayaran bil-bil pesanan tempatan, tempahan tiket keretapi, kapal terbang, bas termasuk pembayaran.
- Menyediakan penyata caruman KWSP, penyata kutipan hasil bulanan.
- Mengurus hal-hal berkaitan pinjaman kenderaan, perumahan, pendahuluan diri, komputer dan lain-lain.
- Mengurus perkara-perkara yang perlu dibincang dengan Jabatan Akauntan Negara dan menyediakan cadangan jawapan bagi pertanyaan audit.
Cawangan Pentadbiran
- Bertanggungjawab menyelia dan mengawas kakitangan Gunasama keseluruhannya termasuk urusan kerja seharian, disiplin dan tatatertib.
- Menyelaras, menyelia dan menyemak Laporan Bulanan Kad Perakam Waktu pada setiap bulan.
- Menyelaras dan mengedarkan semua surat Pekeliling dari Ibu Pejabat serta mengemaskini Pekeliling tersebut.
- Mengurus pergerakan fail dan surat menyurat yang diterima dan keluar dari masa ke semasa.
- Mengurus dan menyelenggara kenderaan Jabatan, kelengkapan pejabat termasuk perabot, alat tulis, kemudahan pemasangan telefon serta urusan pelupusan barang-barang.
- Mengurus hal-hal berkaitan dengan bangunan pejabat, kebersihan dan kemudahan telefon.
- Menyemak dan menyelaras dan menentukan Laporan Nilaian Prestasi pegawai/kakitangan disediakan dengan lengkap.
Cawangan Perkhidmatan
- Menyelaras dan memastikan semua hal berkaitan dengan rekod perkhidmatan pegawai dan kakitangan dikemaskini setiap masa.
- Menyemak dan menandatangani Laporan Perubahan Kew. 8 pegawai/kakitangan.
- Megumpul dan mengendalikan juga menyediakan urusan berkaitan dengan pengisian jawatan, pelepasan/perletakan jawatan, bersara, tatatertib dan pengisytiharaan harta.
- Menyediakan senarai pegawai lantikan baru untuk menduduki Induksi Umum dan Kursus dan menghantar nama ke bahagian Latihan.
- Mengumpul, menyedia dan memproses permohonan penanggungan kerja
- Mengemaskini data dalam sistem HRMIS.
- Menguruskan permohonan cuti kakitangan.
Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com
Log Masuk
Video Terbaru