Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Jeli Kelantan merupakan sebuah jabatan yang menawarkan peluang kepada pelajar untuk menerokai bidang kejuruteraan elektrik, elektronik dan komputer. Komitment utama jabatan adalah untuk menghasilkan graduan-graduan berkualiti yang berupaya memenuhi keperluan teknologi terkini dan menjana perkembangan industri negara. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah dikenalpasti terkini dan mendapat permintaan tinggi di dalam industri negara. Para pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan praktikal di sektor awam atau swasta.
Kursus yang ditawarkan di Politeknik Jeli adalah :
- Diploma Elektronik Perhubungan (DEP)
Berikut dipaparkan Outcame Base Education JKE :
[ KLIK UNTUK BACA ]
STRUKTUR KURSUS DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTR0NIK (KOMUNIKASI) - DEP
ProgramĀ ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menguji, membaiki dan menentukur pengalatan elektronik. Pelajar yang berjaya menamatkan kursus ini berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai Pembantu Teknik dalam bidang pembuatan elektronik, penjanaan elektrik dan kawalan elekronik. Lulusan ini juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik.
[ Sila klik di sini untuk baca STRUKTUR KURSUS DEP >>> ]
Log Masuk
Video Terbaru