image image image image
* * * *
Saturday March 23 , 2019
Font Size
   

BENGKEL KECEMERLANGAN `SELANGKAH KE POLITEKNIK’

Program BENGKEL KECEMERLANGAN ‘SELANGKAH KE POLITEKNIK’ merupakan satu program motivasi pelajar kepada pelajar-pelajar baru Politeknik Jeli. Program ini telah diadakan pada 16 Ogos 2011 di perpustakaan Politeknik Jeli. Program ini berjaya dilaksanakan adalah hasil usaha Unit Psikologi & Kerjaya untuk memantapkan kecemerlangan pelajar-pelajar baru disamping memberi penekanan kepada aspek motivasi dan penyesuaian diri di Politeknik.

Bengkel ini telah bermula pada jam 10.30 pagi sehingga 4.00 petang yang mana pada sesi pagi pelajar-pelajar semester satu diberi peluang bersama En. Mohd Nor Yusuf dalam slot motivasi kecemerlangan di samping dapat berkongsi pengalaman beliau sebagai pensyarah selama hampir 10 tahun.

Pada sesi petang pula, para pelajar telah berpeluang bersama pegawai psikologi Politeknik Jeli dalam slot ’kenali diri’ yang mana slot ini banyak membantu pelajar dalam memahami diri sendiri dan berkongsi masalah bersama pegawai psikologi.

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com